awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Museveni menang Pilihan Raya Presiden Uganda
PRK Lamag: Mohd Ismail lancar manifesto, kemuka tujuh tawaran
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masalah buli, keluarga antara punca 2,777 pesakit terima rawatan kesihatan mental

Bernama
Bernama
14/10/2025
14:15 MYT
Masalah buli, keluarga antara punca 2,777 pesakit terima rawatan kesihatan mental
Masalah buli, konflik keluarga, tekanan ekonomi, faktor genetik dan trauma dikenal pasti sebagai antara punca utama pesakit mendapatkan rawatan kesihatan mental. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Masalah buli, konflik keluarga, tekanan ekonomi, faktor genetik dan trauma dikenal pasti sebagai antara punca utama 2,777 pesakit daripada pelbagai peringkat umur mendapat rawatan susulan kesihatan mental di klinik kesihatan di Johor dari Januari hingga Ogos lepas.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor Dr Mohtar Pungut@Ahmad berkata daerah Johor Bahru mencatat jumlah pesakit tertinggi, iaitu sebanyak 641 orang.
Beliau berkata daripada jumlah keseluruhan pesakit, sebanyak 1,140 individu perlu dirujuk untuk penilaian lanjut selepas menjalani Ujian Saringan Minda Sihat.
"Sejumlah 118 kes pula perlu dirujuk ke hospital untuk penilaian dan rawatan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mentari Johor Bahru dan Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2025, di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Sultanah Aminah (HSA) Dr Marina Abd Rahman Sabri.
Dr Mohtar berkata isu kesihatan mental yang dilaporkan itu sekali gus telah menunjukkan terdapat peningkatan keperluan kepada akses perkhidmatan kesihatan mental yang lebih mudah untuk pesakit.
Justeru, beliau berkata pusat rawatan seperti Mentari, di bawah seliaan Kementerian Kesihatan (KKM), memainkan peranan penting dalam menyediakan pelbagai perkhidmatan kesihatan mental kepada masyarakat.
"Mentari menyediakan ruang mesra komuniti untuk rawatan, pemulihan dan intervensi psikososial serta berperanan penting dalam memastikan perkhidmatan kesihatan mental lebih mudah dicapai, termasuk ketika waktu kecemasan," katanya.
Beliau turut menggalakkan orang ramai yang memerlukan sokongan emosi dan psikologi agar memanfaatkan pelbagai talian bantuan kesihatan mental yang disediakan seperti Talian HEAL 15555, Talian KASIH 15999 dan Befrienders.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ujian saringan
#trauma
#kesihatan mental
#rawatan susulan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan