SHAH ALAM: Masalah capaian Internet dalam Malaysia terutama di kawasan luar bandar akan diselesaikan menjelang Jun ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Beliau berkata, Kementerian Komunikasi dan Digital melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan berbincang dengan syarikat telekomunikasi bagi mengenal pasti serta mencari penyelesaian sewajarnya.
Katanya, masalah itu mampu diselesaikan hampir sepenuhnya jika semua syarikat telekomunikasi dapat bekerjasama seperti berkongsi menara telekomunikasi.
"Apa yang saya tegaskan kepada pihak MCMC ialah kalau boleh menjelang Jun ini, masalah perkongsian rangkaian dan mutu kualiti (capaian Internet) akan diselesaikan.
"Melalui perbincangan saya bersama syarikat telekomunikasi sebelum ini, mereka menyatakan kesediaan untuk bekerjasama, mungkin perlukan sedikit masa antara mereka," katanya semasa program Townhall Rakyat bersama Fahmi Fadzil anjuran Sinar Harian, di sini, malam tadi.
Bagaimanapun, Fahmi berkata, capaian Internet tidak hanya boleh diukur dengan jumlah menara telekomunikasi di sesuatu tempat, sebaliknya, perlu dilihat berdasarkan keadaan dan geografi kawasan itu terutama yang melibatkan tiga peratus kawasan berpenduduk yang belum memiliki liputan.
"Oleh itu, kita akan ikhtiarkan akses jalur lebar tanpa wayar yang akan menggunakan teknologi seperti satelit, mungkin kita akan teliti TV Wide Space dan beberapa teknologi lain yang akan membantu menyediakan akses," katanya.
Beliau juga berkata, KKD sedang meneliti keperluan untuk meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 supaya seiring dengan perkembangan digital semasa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 06 2023
Fahmi hadir sempena program Town Hall Rakyat yang dihoskan pelakon Azhar Sulaiman di Kumpulan Karangkraf, Shah Alam, semalam. -- fotoBERNAMA
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Batu Puteh: Kerajaan cadang nyah sulit laporan akhir Pasukan Petugas Khas - Fahmi
Peguam Negara dicadang mempertimbang untuk menyahsulitkan laporan akhir Pasukan Petugas Khas Semakan Undang-undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
RUU MCMC ditangguhkan, dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen
Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2024 ditangguhkan bagi memberi ruang kepada semua pihak berkaitan untuk memperhalusi dan meneliti perkara tersebut.
Platform media sosial perlu tegas patuh garis panduan had umur - Fahmi
Kerajaan akan terus memberikan penegasan kepada penyedia-penyedia platform media sosial, untuk melakukan tindakan berdasarkan garis panduan had umur yang ditetapkan.
MCMC siap siaga tangani masalah telekomunikasi akibat gelombang kedua banjir - Fahmi
MCMC kini bersiap siaga menangani sebarang isu liputan telekomunikasi di kawasan terjejas menjelang gelombang kedua banjir yang diramalkan bermula hari ini.
Pindaan RUU 588: Jamin tindakan proaktif platform media sosial tangani pelanggaran undang-undang - Fahmi
Pindaan membolehkan pihak berkuasa mengeluarkan notis kepada platform berkenaan agar mengambil tindakan.
Pindaan RUU 588: Satira, parodi bukan lagi jenayah selagi tidak ‘jelik melampau’ - Fahmi
Rang Undang-undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menegaskan kebebasan dan hak bersuara rakyat dalam batas yang khusus.