Lebih 200 penumpang pesawat Rayani Air terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi selepas penerbangan mereka dibatalkan berikutan pesawat yang hendak digunakan mengalami masalah teknikal.
Penerbangan RN180 menggunakan pesawat Boeing 737 yang dijadualkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pukul 11.10 pagi ini tidak dibenarkan berlepas selepas kerja-kerja untuk mengatasi masalah itu belum dapat diselesaikan.
Seorang daripada petugas di Pejabat Khidmat Pelanggan Rayani Air di sini memberitahu Bernama, tempoh untuk menyelesaikan masalah teknikal yang dihadapi pesawat itu belum dapat dipastikan lagi.
"Saya difahamkan bahagian kejuruteraan (Rayani Air) masih menunggu alat ganti untuk membaiki kerosakan pesawat berkenaan," kata petugas itu yang enggan mendedahkan namanya.
Menurutnya penumpang yang terjejas telah diberikan pilihan sama ada untuk menggunakan perkhidmatan feri dan bas yang disediakan oleh Rayani Air untuk kembali ke Kuala Lumpur ataupun tambang penerbangan mereka dikembalikan.
Petugas itu berkata satu lagi penerbangan Rayani Air yang dijadualkan pukul 6.20 petang ini juga dibatalkan.
Sementara itu, Nor Azman Ali, seorang daripada penumpang yang terjejas akibat pembatalan penerbangan itu menyarankan Rayani Air untuk menyediakan pesawat gantian bagi mengurangkan kesulitan yang dihadapi oleh mereka yang terkandas.
Seorang lagi penumpang, Jaslia Samat, berkata beliau bersama-sama 12 orang lagi rakan setugasnya terpaksa mengambil cuti sehari lagi memandangkan mereka sepatutnya mula bekerja esok.
Rayani Air merupakan syarikat penerbangan mematuhi syariah yang pertama di Malaysia dan baru beroperasi Disember tahun lepas
Bernama
Tue Feb 09 2016
penumpang yang terjejas telah diberikan pilihan sama ada untuk menggunakan perkhidmatan feri dan bas yang disediakan oleh Rayani Air untuk kembali ke Kuala Lumpur ataupun tambang penerbangan mereka dikembalikan. - Gambar Fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
KLIA, LGK adalah lapangan terbang terbaik dunia pada suku ketiga 2022 - MAHB
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) kekal sebagai lapangan terbang terbaik dunia.
KLIA, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi antara lapangan terbang terbaik dunia
KLIA dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) telah disenaraikan sebagai antara lapangan terbang terbaik di dunia dalam kaji selidik Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ).
Pelancongan Langkawi kembali 'bernafas', lebih 20 kapal terbang tiba setiap hari
Sektor pelancongan domestik pulau peranginan bebas cukai yang terkesan akibat pandemik COVID-19, kini kembali 'bernafas'.
Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi antara tujuh lapangan terbang terbaik dunia
Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) merupakan antara hanya tujuh lapangan terbang di dunia yang diiktiraf oleh ACI.
KKM pergiat persiapan di pintu masuk antarabangsa negara
Jelasnya, kerjasama yang baik di antara KKM dengan agensi-agensi berkaitan membolehkan pengesanan pantas pengembara yang bergejala.
Gobind pantau projek Demonstrasi 5G di Langkawi
Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi adalah salah satu lokasi di mana demonstrasi penggunaan teknologi 5G akan diadakan.
TM menggerakkan pelancongan pintar melalui 5G
Aplikasi pintar 'My Smart City' yang dibangunkan Telekom Malaysia Berhad (TM), membolehkan pengunjung atau pelancong yang berada tiba di Langkawi dengan mudah mendapatkan informasi diperlukan berkaita
MAHB lancar dana RM5 juta tingkatkan pelancongan Langkawi
Dana itu ditawarkan kepada penggiat industri yang layak seperti syarikat penerbangan, ejen serta operator pelancongan dan syarikat pemasaran destinasi.
Lima juta pelancong dijangka kunjungi Langkawi pada 2020
Jumlah pelancong ke Pulau Langkawi dijangka meningkat kepada lima juta orang pada 2020 hasil penganjuran Travel Mart 2018.
Najib, Rosmah bercuti di Langkawi
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Langkawi malam semalam untuk bercuti rehat bersama keluarga di pulau legenda itu.