awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masalah teknikal punca penerbangan OD206 dilencong ke Don Mueang - Malindo Air

Bernama
Bernama
03/11/2014
07:11 MYT
Masalah teknikal punca penerbangan OD206 dilencong ke Don Mueang - Malindo Air
Pesawat yang sepatutnya tiba di KLIA2 pada 5.25 pagi itu mendarat dengan selamat pada 2.45 pagi waktu Thailand dan tiada kecederaan dilaporkan, kata Malindo Air dalam satu kenyataan di sini. - Foto Bernama
Malindo Air mengesahkan penerbangan OD206 dari New Delhi, India ke Kuala Lumpur pagi ini dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang di Bangkok, Thailand disebabkan masalah teknikal.
Pesawat yang sepatutnya tiba di KLIA2 pada 5.25 pagi itu mendarat dengan selamat pada 2.45 pagi waktu Thailand dan tiada kecederaan dilaporkan, kata Malindo Air dalam satu kenyataan di sini.
Penerbangan yang dioperasikan oleh pesawat Boeing 737-900ER itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi pada 10.05 malam waktu tempatan membawa 121 penumpang termasuk tiga bayi, dan lapan anak kapal.
"Sebaik mengenal pasti masalah teknikal, kru operasi melaksanakan senarai semakan kecemasan menurut prosedur operasi standard dan memaklumkan kepada menara kawalan trafik udara sebelum menukar haluan ke Don Mueang.
"Kebajikan penumpang kini dijaga oleh Thai Lion Air dan usaha sedang diambil untuk menerbangkan mereka ke Kuala Lumpur menerusi satu penerbangan yang dijadualkan pada 3.45 petang ini waktu Thailand," kata kenyataan itu.
Malindo Air berkata pihaknya sedang meneliti punca masalah teknikal itu dan perkara berkenaan sudah dilaporkan kepada pihak berkuasa berkaitan termasuk pengeluar.
Topic Berkaitan
#Bangkok
#lapangan terbang antarabangsa don mueang
#Malindo Air
#New Delhi
#Penerbangan OD206
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan