KUALA LUMPUR: Malaysia diakui oleh banyak badan antarabangsa sebagai antara negara terawal yang keluar dengan pelbagai langkah segera untuk memerangi pandemik COVID-19, selain melindungi kesejahteraan rakyat dan menjaga kesinambungan perniagaan.
Pelbagai pakej rangsangan ekonomi telah diumumkan oleh kerajaan dan institusi untuk mengurangkan impak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sudah pastinya memberi kesan kepada setiap golongan masyarakat, terutamanya isi rumah dalam kalangan M40 dan B40.
Antara bantuan bagi pemerkasaan perniagaan yang masih disediakan ialah Dana Pinjaman Mudah Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS); Program Subsidi Upah 2.0 yang dilanjutkan kepada 31 Julai; Skim Pemulihan Perniagaan Tekun serta Program Kemahiran dan Peningkatan Kemahiran.
Selain itu, moratorium bersasar turut ditawarkan dan pemohon yang layak akan diberi pilihan sama ada kelulusan automatik moratorium selama tiga bulan atau pengurangan bayaran balik ansuran sebanyak 50 peratus selama enam bulan.
Penganalisis Ekonomi dari Universiti Asia e, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor berkata, pemberian moratorium bersasar itu dilihat dapat membantu individu dan peniaga untuk menghadapi PKP 3.0 berikutan pengurangan jumlah simpanan yang telah digunakan semasa PKP terdahulu.
"Ini menunjukkan pihak kerajaan dan bank cukup memahami mengenai keperluan masyarakat yang terkesan dan saya berharap pemberian moratorium ini akan berterusan, khususnya diberi secara automatik kepada PKS.
"Mungkin pihak bank boleh mengutip kadar faedah sahaja dan menghentikan sementara kutipan prinsipal buat masa ini untuk mengurangkan tekanan pembiayaan pinjaman mereka," katanya kepada Bernama hari ini.
PKS membentuk 98.5 peratus (907,065) daripada perniagaan di Malaysia.
Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang melaksanakan moratorium secara automatik selama enam bulan dari April hingga September 2020 untuk membantu rakyat dan perniagaan.
Setakat 21 Mac lepas, bank telah membantu 1.7 juta pemohon bagi bantuan pembayaran dan kadar kelulusan sebanyak 95 peratus.
Selain moratorium bersasar, masih banyak bantuan COVID-19 lain yang disediakan dan boleh dimohon.
Antaranya Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO bagi individu yang kehilangan pekerjaan; Program Perintis PERKESO; Skim Perumahan Belia serta bantuan sebanyak RM1,000 kepada penganggur untuk mendapatkan pengalaman bekerja.
Bantuan lain ialah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) iaitu kategori isi rumah berpendapatan bawah RM2,500 mendapat BPR tambahan RM500 manakala bagi isi rumah berpendapatan antara RM2,501 dan RM5,000 akan menerima RM300.
Sementara itu, golongan bujang akan menerima BPR sebanyak RM100.
Untuk warga emas, bantuan khas kewangan bersasar berjumlah RM300 secara one-off disediakan untuk pesara kerajaan, veteran tidak berpencen dan elaun sara hidup nelayan manakala bantuan kebajikan warga emas dinaikkan kepada RM500 sebulan berbanding RM350 sebelum ini.
Bagi inisiatif tidak langsung, potongan cukai tambahan untuk majikan yang menggaji warga emas dan dilanjutkan sehingga 2025 serta had pelepasan cukai bagi rawatan perubatan keperluan khas dan penjagaan ibu bapa dinaikkan kepada RM8,000.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 24 2021
Pihak kerajaan dan bank cukup memahami mengenai keperluan masyarakat yang terkesan akibat COVID-19 dan pelaksanaan PKP. - Gambar hiasan
Tesla mula jual robot Optimus menjelang akhir tahun depan - Elon Musk
Beberapa syarikat telah mempertaruhkan robot humanoid untuk penuhi potensi kekurangan tenaga kerja dan melaksanakan tugas berulang.
Cedera terkena letupan, padah tendang bendera Palestin
Letupan kuat dan asap tebal memenuhi lokasi tersebut sejurus dia menendang bendera Palestin yang dipasang di tengah kawasan padang rumput.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 April 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry;
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Ia adalah salah satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh negara jiran selama berdekad-dekad konflik etnik sesama mereka.
Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.
AWANI Ringkas: Bedah siasat 10 mangsa dijangka selesai hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Laporan kubur besar Gaza membimbangkan' - Jurucakap AS
Pekerja kesihatan Gaza menemui sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
PETRA di landasan tepat capai 98 peratus liputan air bersih, pembentungan di luar bandar
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berada di landasan tepat untuk mencapai 98 peratus liputan air bersih dan pembetungan di kawasan luar bandar menjelang akhir 2025.
Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadualkan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 (Rabu) sekali lagi ditangguhkan ke 26 April 2024 (Jumaat).
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, pada 14 April lalu akan didakwa di Mahkamah Kota Bharu pada Rabu.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.