awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
TikTok diminta matikan ciri skrol infiniti didakwa punca 'ketagihan'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masih banyak mahu dilakukan demi manfaat Keluarga Malaysia - PM

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
21/08/2022
03:40 MYT
Masih banyak mahu dilakukan demi manfaat Keluarga Malaysia - PM
Ismail Sabri berkata, ini termasuk pengukuhan Institusi Parlimen dan Kehakiman serta membentangkan Akta Pendanaan Politik untuk politik negara yang lebih sihat. -Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Masih banyak usaha yang mahu dan sedang dilakukan oleh Kerajaan Keluarga Malaysia termasuk memperkukuhkan institusi-institusi politik yang ada sehingga ia menjadi inklusif.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini termasuk pengukuhan Institusi Parlimen dan Kehakiman serta membentangkan Akta Pendanaan Politik untuk politik negara yang lebih sihat.
"Masih banyak agenda yang boleh kita laksanakan.
"Masih ramai golongan yang perlu kita bantu, baik golongan miskin, golongan wanita, golongan wanita, golongan orang kurang upaya dan sebagainya.
"Saya berharap agar kita akan terus dapat menguatkan tekad dan semangat untuk sama-sama berusaha memantapkan lagi pentadbiran kerajaan dan memulihkan ekonomi negara untuk manfaat seluruh Keluarga Malaysia," katanya sempena perasmian Simposium Keluarga Malaysia: Pencapaian dan Harapan, di sini, pada Ahad.
Kata Ismail Sabri, Kerajaan Keluarga Malaysia sedang berusaha memperkukuhkan institusi-institusi politik yang ada sehingga ia menjadi inklusif kerana ia memelihara hak-hak ke atas harta, mewujudkan padang permainan sama rata, dan menggalakkan pelaburan dalam skil dan teknologi baharu.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Akta Pendanaan Politik
#perkukuhkan institusi politik
#pengukuhan Institusi Parlimen dan Kehakiman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan