MASIH dirawat di MAEPS, Maria Tunku Sabri mohon maaf, minta halalkan makan minum. Begitulah yang diluahkan oleh pengacara terkenal Maria Tunku Sabri yang kini menerima rawatan akibat jangkitan Covid-19 di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).
Terdahulu, Maria dikejarkan ke MAEPS susulan gejala bacaan darah tinggi rendah, jantung berdegup laju dan demam. Ketika itu, Maria sedang menjalani rawatan kendiri di rumah yang masih berbaki tiga hari.
Terbaru seperti mana yang dikongsi Maria juga turut minta dihalalkan makan minum dan segala kesilapannya.
“Saya Maria Tunku Sabri mohon maaf jika saya ada salah dan silap dengan sesiapa sahaja halalkan makan minum saya selama ini ya. Baiklah saya nak berehat ya semua sejujurnya saya rasa dah letih dan penat sangat,” tulisnya.
Perlukan Rehat Benar-Benar Letih
Menerusi perkongsian yang sama juga, Maria ada menghantar sebuah video menerusi akaun Instagramnya dan berkongsi keadaan terkininya dan keadaan semasa di MAEPS.
“Saya perlukan rehat betul-betul kerana saya letih. Saya tak larat sangat. Saya perlu rehat yang banyak untuk memulihkan diri saya.
“Tekanan darah tinggi dan paras oksigen pada paras baik. Bagaimanapun, keputusan ujian darah tidak begitu baik kerana ada jangkitan kuman.
“Kuman makin meningkat, menyerang paru-paru saya. Saya minta semua orang doakan saya supaya saya dapat kembali pulih dan pulang ke rumah.
“Saya ingin memohon maaf sekiranya ada salah dan silap kepada anda semua, ahli keluarga, kawan-kawan.
“Kalau ada salah, maafkan saya.
“Kalau saya ada termakan dan terminum, halalkan.
“Saya maafkan semua orang dan saya halalkan semua makan minum semua sahabat handai, suami dan anak-anak. Sampai kita jumpa lagi,” katanya sebak sambil mengalirkan air mata.
Maria juga menerangkan ketika ini di MAEPS yang tidak kosong seperti yang dikatakan pelbagai pihak. Katanya, yang berkurangan mungkin di bahagian pemerhatian dan rawatan.
Artikel asal di Mingguan Wanita
Mingguan Wanita
Tue Oct 26 2021
Maria berkata, ketika ini di MAEPS tidak kosong seperti yang dikatakan pelbagai pihak, sebaliknya yang berkurangan mungkin di bahagian pemerhatian dan rawatan. - Foto Instagram mariajjcm
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
Masih dirawat di MAEPS, Maria Tunku Sabri mohon maaf, minta halalkan makan minum
Maria dikejarkan ke MAEPS susulan gejala bacaan darah tinggi rendah, jantung berdegup laju dan demam ketika menjalani rawatan kendiri.