awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
PLUS–RELA ganding bahu lancarkan trafik musim perayaan
AI.com milik rakyat Malaysia dijual AS$70 juta: Ini 5 perkara menarik!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masih ingkar! Polis tahan tiga pemandu mabuk

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
14/06/2020
02:59 MYT
Masih ingkar! Polis tahan tiga pemandu mabuk
Anggota polis trafik menjalankan ujian kandungan alkohol ke atas pengguna jalan raya di sekitar Petaling Jaya. - Gambar PDRM
Tiga lelaki ditahan kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol dalam operasi 'Op Alkohol dan Pencegahan Jenayah' yang dilaksanakan di beberapa lokasi sekitar Petaling Jaya, pada Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, operasi yang dijalankan antara pukul 11 malam hingga 3 pagi itu bertujuan mencegah pengguna jalan raya yang memandu atau menunggang kenderaan dalam keadaan mabuk sehingga membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain.
"Sepanjang operasi tersebut, seramai 370 pengguna jalan raya melibatkan 355 buah kenderaan telah diperiksa.
"Daripada jumlah itu seramai tiga lelaki ditahan berumur lingkungan 26 hingga 45 tahun telah ditahan polis kerana memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.
Mengulas lanjut, Nik Ezanee berkata, polis juga telah mengeluarkan sebanyak 15 saman atas pelbagai kesalahan trafik.
Kesemua mereka telah ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Hasil tinjauan menunjukkan masih ada pengguna jalan raya yang degil dan menandu di bawah pengaruh alkohol.
"Polis akan terus melaksanakan operasi ini khususnya kepada semua pengguna jalan raya yang melalui kawasan dalam pentadbiran IPD petaling Jaya," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
#di bawah pengaruh alkohol
#jenayah
#kenderaan
#keselamatan
#Nik Ezanee Mohd Faisal
#operasi
#Petaling Jaya
#polis
#saman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan