KUALA LUMPUR: Pemandangan yang menyambut mata ketika menjejakkan kaki di tingkat dua dan tiga sebuah bangunan kedai tiga tingkat di Bandar Tun Razak di sini amat menyedihkan.
Selain bau meloyakan tekak menusuk hidung, mata terarah pada pakaian yang bergayutan di ampaian, tindanan kotak berlipat di tepi dinding serta kelibat tikus dan lipas yang berkeliaran.
Percaya atau tidak, itulah realiti keadaan tempat tinggal 40 pekerja asing sebuah premis peruncitan yang disaksikan sendiri oleh wartawan Bernama ketika menyertai serbuan membanteras buruh paksa oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) baru-baru ini.
UMPAMA PERHAMBAAN MODEN
Selain ruang yang terhad kerana "berkongsi" dengan stok barangan jualan pasar raya itu, pekerja asing terbabit tidur beralaskan kotak kerana tidak disediakan katil dan tilam, manakala pakaian mereka sekadar disidai pada tali yang diregang. Tidak ada almari mahupun perabot lain disediakan untuk mereka.
Ketiadaan sistem pengudaraan yang baik pula mencetuskan bau hapak meloyakan, sementara titisan air daripada paip bocor menghasilkan lopak-lopak kecil di atas lantai, menjadikan keadaan lebih jijik.
Ini belum lagi diambil kira bau najis dan kencing tikus.
Ketika ditemu bual Bernama, wakil majikan pekerja asing itu mendakwa pihaknya sudah menjalankan tanggungjawab menyediakan tempat tinggal namun tidak ada masa untuk memantau perkara-perkara lain. Sebaliknya, mereka menyerahkan kepada pekerja terbabit untuk menyelesaikan sendiri masalah penginapan.
Hasil operasi selama lima jam itu, majikan tersebut dikesan melanggar pelbagai peraturan menurut Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) dan Akta Kerja 1955.
KES MEMBIMBANGKAN
Hakikatnya kes sedemikian berlaku secara meluas di negara ini. Malah kes seumpamanya merupakan kesalahan paling banyak dilakukan oleh majikan.
Berdasarkan data JTKSM bagi tempoh 12 bulan iaitu dari Februari 2021 hingga Mac tahun ini, sebanyak 1,285 kertas siasatan di bawah Akta 446 dibuka dengan 135 kes sudah didakwa, 908 dikenakan kompaun dan selebihnya dalam tindakan JTKSM. Sepanjang tempoh itu, denda yang dikenakan berjumlah RM1 juta sementara nilai keseluruhan kompaun sebanyak RM10.5 juta.
Walaupun banyak operasi dan tindakan undang-undang diambil, masih ramai majikan yang tidak cakna dengan kebajikan pekerja asing mereka terutama dari segi keselamatan dan kesihatan.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JTKSM Mohd Asri Abd Wahab, situasi itu amat membimbangkan terutama dalam usaha kerajaan memerangi isu buruh paksa serta meningkatkan keupayaan pengurusan perburuhan negara.
"Setiap kali operasi banteras dilakukan, kita dapati kegagalan mematuhi Akta 446 merupakan kesalahan utama majikan, iaitu kegagalan menyediakan penginapan yang kondusif untuk didiami manusia sedangkan jumlah pekerja asing yang digajikan adalah ramai," katanya kepada Bernama.
Pindaan Akta 446 yang dikuatkuasakan pada 1 Jun 2020 merentasi semua sektor. Sebelum ini akta itu hanya terpakai untuk sektor perlombongan dan perladangan.
Media sebelum ini turut melaporkan hingga Disember tahun lepas, 50 peratus daripada 37,662 majikan masih belum mempunyai Sijil Perakuan Penginapan.
TAMBAH BAIK AKTA
Di bawah Seksyen 24D Akta 446, majikan dan penyedia penginapan berpusat boleh didakwa sekiranya gagal memperoleh Perakuan Penginapan daripada JTKSM.
Menurut Mohd Asri, Perakuan Penginapan hanya akan dikeluarkan oleh JTKSM selepas majikan menyediakan penginapan yang mematuhi standard minimum mengikut Akta 446, antaranya ada bilik air dan tandas, katil, tilam, ruang dapur, ruang rehat, ruang makan, saiz keluasan lantai bilik tidur yang sesuai serta utiliti.
"Jika gagal, majikan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 manakala penyedia penginapan berpusat boleh didenda RM50,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya," kata beliau.
Mohd Asri berkata JTKSM dalam proses meminda akta sedia ada dengan memasukkan peruntukan yang termaktub dalam Ordinan Darurat 2021.
Pindaan ini antara lain akan memberikan kuasa kepada Ketua Pengarah untuk mengeluarkan arahan mengganti, mengubah suai atau membaiki perumahan mahupun penginapan pekerja yang dianggap tidak kondusif dan tidak selamat untuk didiami, katanya.
11 INDIKATOR
Kerajaan menurut Mohd Asri, serius dalam menangani isu kebajikan pekerja asing seperti yang ditunjukkan menerusi pembaharuan ratifikasi Protokol 29 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) yang ditandatangani oleh Malaysia pada 21 Mac lepas di Geneva, Switzerland.
Protokol 29 merupakan protokol tambahan kepada Konvensyen Buruh Paksa (Konvensyen 29) yang diratifikasi Malaysia pada 1957.
Malaysia merupakan negara ke-58 menandatangani konvensyen itu sebagai komitmen memerangi buruh paksa dalam semua bentuk termasuk pemerdagangan manusia.
Menurut Mohd Asri, ILO menggariskan 11 indikator buruh paksa, termasuk kesalahan majikan menahan dokumen pengenalan diri pekerja, iaitu majikan memegang pasport dan dokumen peribadi tanpa kebenaran dan persetujuan pekerja, serta majikan yang melakukan isolasi terhadap pekerja di lokasi yang sukar dihubungi atau dikesan.
"Begitu juga majikan yang melakukan penyalahgunaan kerentanan yang mana pekerja yang kurang pendidikan, miskin dan tiada tempat bergantung cenderung terdedah kepada perkhidmatan paksa.
"Ramai majikan yang tidak mengambil berat tentang tempoh bekerja dan jenis pekerjaan yang dilakukan pekerja selagi diberikan tempat tinggal dan makanan, menyebabkan majikan mengambil kesempatan dengan tidak membayar upah atas kerja yang dilakukan," katanya.
Berdasarkan indikator yang digariskan oleh ILO, JTKSM akan meneruskan aktiviti pemeriksaan dan penguatkuasaan terhadap aduan yang diterima berkaitan dakwaan buruh paksa di semua sektor pekerjaan bagi memastikan jenayah itu dapat ditangani, dibendung dan dibanteras sehingga ke akar umbi.
TAMBAH PEMERIKSA BURUH
"Pengukuhan perlu dilakukan sama ada melalui operasi atau pemantauan berkala yang mana pihak majikan perlu menyediakan laporan kesejahteraan pekerja kepada pihak berkuasa.
"Namun mekanisme bagi membendung dan mengawalnya hendaklah adil bukan sahaja kepada pekerja tetapi juga majikan menurut lunas undang-undang," katanya.
Selain itu, beliau berpendapat pendekatan aduan juga perlu dipertingkatkan lagi untuk memudahkan penyaluran maklumat kepada pihak berwajib khususnya JTKSM.
Ini termasuk penyediaan platform digital seperti aplikasi aduan atau mewujudkan pusat sehenti seperti kios di kawasan tumpuan industri bagi membantu memudahkan pekerja membuat aduan apabila berlaku penyalahgunaan dan penganiayaan ke atas mereka.
"Jika diperhatikan, masalah buruh paksa biasanya berlaku dalam sektor atau bidang pekerjaan 'Dirty, Difficult and Dangerous' (3D), maka amat malang nasib pekerja warga asing ini jika tiada tempat atau saluran yang sesuai untuk mereka mengadu sekiranya majikan mereka menyalahgunakan mereka.
"Dari segi penguatkuasaan pula, pihak kerajaan perlu menimbang cadangan mempertingkat keupayaan penguatkuasaan seperti yang disyorkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia agar bilangan pemeriksa buruh dapat ditambah," katanya.
Media sebelum ini melaporkan hanya terdapat kira-kira 400 pemeriksa buruh di seluruh negara dan jumlah itu dilihat tidak mencukupi dalam memantau syarikat bagi menangani isu penyalahgunaan buruh paksa tersebut.
Katanya, media juga perlu bersama-sama membantu mendedahkan kes-kes majikan yang menyalahgunakan tenaga kerja asing dalam negara bagi meningkatkan kesedaran isu buruh paksa dalam kalangan pekerja, majikan dan masyarakat umum.
Selain itu, kerjasama berterusan dalam kalangan negara ASEAN perlu diperkukuhkan lagi bagi mengatasi isu buruh paksa dan pemerdagangan manusia dari negara sumber di rantau ini, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 12 2022
Walaupun banyak operasi dan tindakan undang-undang diambil, masih ramai majikan yang tidak cakna dengan kebajikan pekerja asing mereka terutama dari segi keselamatan dan kesihatan. - Gambar hiasan/Bernama
Saifuddin Nasution jumpa Brian Nelson esok, sampaikan pendirian negara
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan beliau akan bertemu dengan Setiausaha Rendah Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) bagi keganasan dan risikan kewangan Brian Nelson
Piala Sumbangsih: MFL tolak permohonan Selangor FC
Perlawanan Sumbangsih melibatkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim, pada Jumaat ini akan berlangsung seperti sedia kala.
Malaysian Football League (MFL) dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, pihaknya terpaksa menolak permohonan Selangor FC untuk menangguhkan perlawanan itu.
#AWANI745
Malaysian Football League (MFL) dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, pihaknya terpaksa menolak permohonan Selangor FC untuk menangguhkan perlawanan itu.
#AWANI745
Peluru berpandu antikereta kebal 'KARAOK' diserah kepada ATM awal 2026
Dengan penghantaran itu, Malaysia akan menjadi negara luar pertama memperoleh peluru berpandu antikereta kebal terbaharu syarikat berkenaan yang digunakan tentera Turki.
Protes pelajar merebak ke Oxford dan Cambridge
Selepas protes di universiti sekitar Amerika Syarikat dan Oxford, kini pelajar dari Universiti Cambridge pula berdemonstrasi. Mereka menuntut universiti itu dan kolej mereka menamatkan semua kerjasama kewangan dengan syarikat yang dikaitkan dengan Zionis yang dikatakan bernilai £160 juta.
AWANI Borneo [08/05/2024] - Dua ADUN DAP tolak usul | Pengambilalihan Affin Bank | Promosi karya seni Malaysia-China
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
#AWANIBorneo 8 Mei 2024
DUN Sarawak lulus usul penghargaan kepada Tun Abdul Taib Mahmud
Sarawak terbuka berkolaborasi dengan rakan strategik
Pameran Seni China Sabah bantu perkukuh hubungan budaya antara dua negara
#AWANIBorneo 8 Mei 2024
DUN Sarawak lulus usul penghargaan kepada Tun Abdul Taib Mahmud
Sarawak terbuka berkolaborasi dengan rakan strategik
Pameran Seni China Sabah bantu perkukuh hubungan budaya antara dua negara
Pameran seni China Sabah perkukuh hubungan dua negara
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew berharap Pemeran Seni China-Sabah membantu memperkukuh hubungan budaya antara Malaysia dan China.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
660 permohonan diluluskan dari 2018 sehingga Mac 2024
660 individu berusia bawah 21 tahun di sarawak telah diberikan kewarganegaraan daripada keseluruhan 1,453 permohonan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan, dalam tempoh 2018 hingga Mac 2024.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Pesta Kaamatan platform terbaik pupuk perpaduan rakyat
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyeru rakyat tanpa mengira kaum dan agama agar terus bersatu padu, saling menghormati dan tidak mudah dipengaruhi dengan anasir yang boleh memudaratkan perpaduan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$112.8 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$112.8 bilion (AS$1=RM4.740) pada 30 April 2024.
Keadaan kesihatan YDP Dewan Negara masih membimbangkan
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Gerawat Gala memaklumkan keadaan kesihatan YDP Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang kini dirawat di IJN masih membimbangkan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kiriman wang ke luar negara ceriakan sambutan Aidilfitri
Pasaran kiriman wang masuk antarabangsa di Malaysia meningkat 2.9 peratus pada 2022 untuk mencapai AS$1.63 bilion.
Industri sawit terjejas selepas pembekuan kuota pengambilan pekerja asing
Industri sawit terjejas dan menghadapi masalah untuk mengupah pekerja asing selepas kerajaan membekukan kuota pengambilan pekerja asing.
Tiga ejen pembantu rumah ditahan, eksploitasi wanita Indonesia
Operasi itu dijalankan sepasukan Unit Risikan Operasi, Bah
Verifikasi pekerja asing: Hanya 65 peratus majikan berbuat demikian - JIMNS
Majikan yang belum melakukannya digesa segera berbuat demikian dan lebih proaktif terhadap perkara itu kerana program berkenaan akan tamat pada 31 Mac ini.
Tarikh akhir pengambilan pekerja asing bagi program rekalibrasi kekal- Saifuddin
Tarikh akhir pengambilan pekerja asing menerusi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 yang akan berakhir pada 31 Mei dikekalkan atas faktor keselamatan negara.
KDN, KESUMA dicadang beri urusan pengambilan pekerja binaan asing kepada CLAB - Ahmad Maslan
KDN dan KESUMA dicadangkan supaya pengambilan pekerja asing untuk industri binaan, diuruskan sepenuhnya oleh CLAB.
Imigresen tahan 14,361 pendatang tanpa izin setakat 23 Feb
Jabatan Imigresen (JIM) telah menjalankan 2,528 operasi bermula 1 Jan hingga 23 Feb lepas dengan penahanan 14,361 pendatang tanpa izin.
Mapa bimbang perubahan dasar pemeriksaan perubatan pekerja asing
Majikan dalam pertubuhan perladangan bukan sahaja kecewa tetapi juga kesal dengan perubahan berkaitan keperluan baharu itu, daripada pemeriksaan perubatan tiga tahun kepada tahunan.
Pemaju, kontraktor, pengilang di Johor diarah selesai isu penempatan pekerja asing
Kerajaan Johor mengarahkan pemaju dan kontraktor serta pengilang di seluruh negeri itu, untuk menyelesaikan isu penempatan pekerja asing.
Pembekuan pengambilan pekerja asing dilanjutkan - Saifuddin
Keputusan berapa lama pembekuan itu akan dilanjutkan akan ditentukan oleh pihaknya dan Kementerian Sumber Manusia dalam masa terdekat.