Skip to main content

Malaysia

Rakyat Malaysia di Tokyo dinasihatkan waspada susulan gempa bumi di wilayah Chiba

Sumber: Adobe Stock
Kedutaan turut menasihati rakyat Malaysia di Jepun supaya merujuk laman web Agensi Meteorologi Jepun (JMA) untuk maklumat terkini, amaran dan nasihat. - Gambar hiasan
Advertisement

KUALA LUMPUR: Kedutaan Malaysia di Tokyo menasihati rakyat Malaysia di Jepun supaya terus berwaspada dan memantau keadaan setempat dengan teliti susulan gempa bumi berukuran 5.8 magnitud yang melanda bahagian timur laut Wilayah Chiba petang tadi.

Kedutaan itu, dalam nasihat gempa bumi yang dikongsikan di Facebook, turut menasihati rakyat Malaysia di Jepun supaya merujuk laman web www.jma.go.jp/jma/indexe.html untuk maklumat terkini, amaran dan nasihat yang dikeluarkan oleh Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

“Sekiranya berlaku kecemasan, sila hubungi pejabat Kedutaan Malaysia di Tokyo: +81-3-3476-3840 (waktu pejabat) atau talian kecemasan: +81-80-4322-3366 (selepas waktu pejabat) atau e-mel: [email protected] atau [email protected].

Menurut kedutaan, pada masa ini tiada ancaman tsunami yang dikaitkan dengan gempa bumi itu.

-- BERNAMA  

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement