Skip to main content

Dunia

Jepun salur bantuan kecemasan AS$15 juta untuk Iran, Lubnan, Tebing Barat

People's belongings lie scattered at the site of an Israeli strike on an apartment building in Gaza City, June 4, 2026. REUTERS/Dawoud Abu Alkas TPX IMAGES OF THE DAY
Kementerian Luar Jepun dalam satu kenyataan memaklumkan bantuan itu akan disalurkan melalui organisasi antarabangsa termasuk Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) serta Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC). -Gambar fail/Reuters
Advertisement

TOKYO: Jepun mengumumkan geran kecemasan bernilai AS$15 juta (kira-kira RM61.5 juta) bagi menyokong keperluan kemanusiaan di Iran, Lubnan dan Tebing Barat.

Kementerian Luar Jepun dalam satu kenyataan memaklumkan bantuan itu akan disalurkan melalui organisasi antarabangsa termasuk Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) serta Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC).

Sumbangan tersebut akan memberi tumpuan kepada penyediaan perkhidmatan kesihatan, bekalan makanan, perlindungan serta kemudahan air dan sanitasi di wilayah terjejas di Asia Barat.

Selain itu, Jepun turut menyediakan bantuan tambahan berjumlah AS$640,000 (kira-kira RM2.63 juta) melalui mekanisme Japan Platform (JPF) bagi menyokong operasi kemanusiaan yang dilaksanakan badan bukan kerajaan di Lubnan.

Menurut kementerian itu, bantuan berterusan berkenaan mencerminkan komitmen Jepun dalam membantu memulihkan keadaan komuniti terjejas serta menyokong kestabilan jangka panjang di rantau Asia Barat.

 

Must Watch Video

Advertisement