awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masiung minta JPM beri penjelasan berhubung indeks kemiskinan di Sabah

Mirlen Axtius
Mirlen Axtius
19/09/2022
03:20 MYT
Masiung minta JPM beri penjelasan berhubung indeks kemiskinan di Sabah
Datuk Masiung Banah mempersoalkan sama ada daerah yang dilevelkan termiskin dinilai dari segi statistik data eKasih penduduk atau berpandukan indeks pembangunan di daerah terbabit. - Foto fail/Astro AWANI
KOTA KINABALU: Jabatan Perangkaan Malaysia (JPM) diminta memberi penjelasan berhubung indeks kemiskinan yang diklasifikasikan kepada lapan daerah di Sabah yang disenaraikan sebagai daerah termiskin di Malaysia.
Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah, mempersoalkan sama ada daerah yang dilevelkan termiskin dinilai dari segi statistik data eKasih penduduk atau berpandukan indeks pembangunan di daerah terbabit.
"Saya keliru dengan kajian yang dijalankan oleh JPM. Sebagai Wakil Rakyat saya menyedari purata memiskinan isi rumah di daerah Tongod agak terpencil.
"Kadar kemiskinan di lapan daerah di level termiskin di wilayah Sabah harus diukur menggunakan kaedah yang betul bagi memastikan kajian tepat dan terperinci," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sambil mengambil contoh, indeks memiskinan di Tongod jauh lebih kecil iaitu 2,596 berbanding lebih 5,000 data eKasih di Semporna, tetapi daerah pantai timur itu tidak tersenarai sebagai daerah termiskin.
Bagaimanapun, Masiung yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) itu mengakui jika sekiranya penilaian JPM berdasarkan pada indeks pembangunan awam, tentunya kemajuan di Tongod masih dalam program pelaksanaan.
Untuk rekod daerah Tongod yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuamut dan Parlimen Kinabatangan merupakan daerah paling luas di Sabah, di mana saiznya lebih besar berbanding negeri Kedah.
Jelasnya, daerah Tongod dengan keluasan 10.051 kilometer persegi, sudah tentu mengambil masa bagi kerajaan untuk mewujudkan lebih banyak pembangunan asas.
Selain Tongod tujuh lagi daerah dikategorikan termiskin di Sabah, iaitu Pitas, Telupid, Beluran, Kota Marudu, Kota Belud dan Nabawan.
Mengulas lanjut perkara itu, populasi di daerah Tongod katanya, lebih 43,000 penduduk di mana data eKasih cuma 2,596 yang diklasifikasikan miskin dan miskin tegar.
Namun kini jumlah eKasih itu telah berkurangan di mana 674 isi rumah sudah pun terkeluar dari garis kemiskinan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, sekaligus Tongod turun menduduki tangga ke-15 di seluruh Sabah.
Menurut beliau, Pejabat Daerah Tongod kini dalam rangka melakukan verifikasi kepada penduduk dan dijangka lebih 400 lagi pemegang eKasih akan terkeluar dari garis kemiskinan pada hujung tahun ini.
Tambah beliau, sejumlah besar isi rumah di Tongod sudah memiliki hak milik tanah sendiri melalui agihan lot-lot kerajaan secara bersasar.
Menurutnya, penduduk telah mengusahakan tapak tanah yang diagihkan melalui bantuan Malaysia Plam Oil Board (MPOB) dan Rubber Industry Smallholders Developmet Authority (RISDA) sesuai dengan misi pembangunan Tongod sebagai jelapang pertanian.
Topic Berkaitan
#Jabatan Perangkaan Malaysia
#masiung banah
#indeks kemiskinan
#eKasih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan