PARIT BUNTAR: Kajian mendapati Masjid Batu di Kuala Kurau di sini menyimpan khazanah warisan bernilai sejarah iaitu sebuah mimbar berusia 105 tahun yang masih utuh dan tersergam indah.
Lebih menarik, pembinaan mimbar yang mencecah ketinggian lima meter dan lebar mencecah dua meter itu tidak menggunakan sebarang paku logam sebaliknya ia menggunakan kaedah pasak, tanggam dan baji.
Ketua Jabatan Seni dan Reka Bentuk Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Harleny Abd Arif berkata mimbar yang diperbuat daripada jenis kayu seraya atau meranti merah itu menampilkan teknik ukiran Tebuk Tembus Bersilat, Tebuk Timbul Bersilat dan teknik ukiran Layang.
"Nama pengukir, Muhammad Saad Bin Wan Ngah tertera pada sisi kanan dinding mimbar iaitu berdasarkan terjemahan inskripsi dalam aksara Arab, diikuti hari dan tarikh lengkap pembuatan mimbar iaitu Jumaat 27 Ramadan tahun 1334 Hijrah Bersamaan 27 Julai 1916 Masihi," katanya kepada Bernama, yang tidak menolak kemungkinan pengukir mimbar itu datang berhijrah dari Jawa Tengah ke Tanah Melayu.
Katanya mimbar itu mempunyai keunikan tersendiri kerana motif ukiran berunsur tumbuhan, bunga bakawali menjadi pilihan pengukir yang diukir dalam skala besar di puncak panel gunungan mimbar tersebut.
Harleny berkata jika mimbar Masjid Kariah Nerasau mempunyai inskripsi paling lengkap dengan tarikh, nama masjid, nama pengasas serta nama penuh dan asal pengukir, berbeza pula dengan mimbar Masjid Batu yang diklasifikasikan mempunyai inskripsi terpanjang kerana terdapat catatan pada bahagian gunungan dan di kedua-dua bahagian dinding mimbar.
Selain itu, katanya terdapat inskripsi yang tertera pada bahagian kanan panel gunungan mimbar Masjid Batu dalam aksara tulisan Jawi dan Arab yang bermaksud 'Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh, Hasan, Husain, Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan para sekalian sahabat'.
"Pada bahagian kiri panel gunungan pula adalah inskripsi yang diukir secara bertimbal balik berdasarkan terjemahan inskripsi pada bahagian kanan panel gunungan mimbar," katanya yang telah dua bulan menjalankan kajian mimbar Masjid Batu.
Tambahnya, pada sisi kiri dinding mimbar pula adalah inskripsi bahasa Melayu dalam aksara Jawi berdasarkan terjemahan pada sisi kanan dinding mimbar.
Harleny berkata reka bentuk mimbar itu yang bagaikan sebuah gerbang istana dengan empat batang tiang kayu buton di kedua-dua sisi kaki mimbar diperindahkan dengan ragam hias, sarat dengan stailisasi motif bunga ketumbit dan bunga teratai, menyerlahkan keunikan seni ukiran mimbar tersebut.
"Keberadaan mimbar yang kini masih tersergam di ruang dalam Masjid Batu ini wajar dipulihara agar usaha ke arah pelestarian mimbar yang masih gah berdiri sehingga ke hari ini dapat diwartakan sebagai aset warisan negeri Perak," katanya sewaktu melawat mimbar Masjid Batu, di sini baru-baru ini.
Beliau berkata jejak mimbar tua itu diharap dapat menerbitkan kecintaan dan penghargaan dalam kalangan masyarakat setempat di Kuala Kurau khususnya, bahkan di negeri Perak dan Malaysia umumnya.
Harleny memulakan kajian mengenai mimbar berusia lebih 100 tahun di seluruh negara dan Nusantara sejak 2009 dan setakat ini ratusan mimbar telah dikaji dengan kerjasama pihak muzium dan Persatuan Penggiat Seni Ukir Kayu Malaysia.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Masjid Batu, Mohd Said Hasni, 78, berkata pengukir mimba itu kemungkinan orang Jawa dari Sumatera yang berhijrah dari Johor ke Semanggol dan ke Kuala Kurau, berdasarkan cerita masyarakat Jawa yang tinggal di sini daripada datuknya.
"Saya percaya mimbar ini diukir oleh tukang yang mahir kerana tidak berlaku serpihan pada ukiran di mimbar ini," katanya sambil menambah empat tiang kayu cengal emas digunakan untuk menyokong struktur masjid itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 04 2021
Masjid Batu di Kuala Kurau mempunyai seni ukiran mimbar yang unik dengan ketinggian lima meter dan lebar satu meter. --fotoBERNAMA
Nestle nafi tambah gula dalam produk makanan bayi di negara pendapatan rendah
Pengeluar makanan Switzerland, Nestle pada Khamis menolak tuduhan sebuah NGO bahawa ia menambah gula kepada produk di negara membangun dan tanpa gula di pasaran Eropah.
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
Masjid Batu simpan khazanah warisan sejarah mimbar usia 105 tahun
Pembinaan mimbar dengan ketinggian lima meter dan lebar dua meter itu tidak menggunakan sebarang paku logam.