awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MBSB IB jangka pertumbuhan ekonomi Malaysia 4.3 peratus pada 2026
Zelenskyy lantik ketua risikan tentera terajui pentadbiran Presiden dalam rombakan besar
Trump rancang ubah suai ‘padang golf Presiden’ walaupun belum pernah bermain di situ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masjid di Perlis dibuka sepenuhnya bermula esok

Bernama
Bernama
18/02/2021
02:57 MYT
Masjid di Perlis dibuka sepenuhnya bermula esok
Perlis membenarkan semua masjid dibuka sepenuhnya bagi aktiviti pengimarahan bermula esok. -Gambar fail
KANGAR:Perlis membenarkan semua masjid dibuka sepenuhnya bagi aktiviti pengimarahan bermula esok.
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah aktiviti pengimarahan termasuk kuliah agama, kelas pengajian dan sebagainya adalah diperkenankan bermula waktu subuh esok.
"Semua aktiviti adalah dibenarkan dan perlu patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan seperti memakai pelitup separuh muka, melaksanakan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter pada setiap masa, membawa sejadah sendiri, mengambil wuduk sebelum ke masjid dan sebagainya," titah baginda menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini.
Baginda yang juga Yang DiPertua MAIPs bertitah kanak-kanak di bawah usia 12 tahun dan golongan wanita turut dibenarkan hadir.
Tuanku Syed Faizuddin bertitah namun begitu sebarang aktiviti jamuan makan, bermalam dan majlis sosial tidak dibenarkan seperti mana yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#masjid Perlis
#buka sepenuhnya
#Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
#aktiviti pengimarahan
#kuliah agama
#kelas pengajian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan