awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masjid institusi penting bendung keganasan - TPM Zahid

Astro Awani
Astro Awani
26/05/2017
06:56 MYT
Masjid institusi penting bendung keganasan - TPM Zahid
Selain berfungsi sebagai pusat ibadah, institusi masjid perlu melakukan deradikalisasi sebagai usaha mengekang penyebaran kegiatan keganasan dalam negara. - Gambar fail
Institusi masjid seluruh negara perlu turut memainkan peranan penting dalam menyekat penglibatan masyarakat dalam sebarang gerakan radikalisme.
Ujar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, selain berfungsi sebagai pusat ibadah, institusi masjid perlu melakukan deradikalisasi sebagai usaha mengekang penyebaran kegiatan keganasan dalam negara.
"Kita tahu bahawa islam adalah agama yang tertinggi. Bagaimanapun, 87 peratus yang terlibat keganasan ini tidak mempunyai asas agama, namun ingin masuk ke syurga melalui jalan singkat.
"Dalam soal ini lah bahawa untuk memberikan kesyumulan kepada islam, rumah Allah (masjid) perlu diimarahkan dan seharusnya diterjemahkan dengan rasa ketaqwaan kepada Allah agar terhindar dari segala aktiviti keganasan yang menentang ajaran Islam, " katanya semasa berucap pada majlis perasmian Masjid Terapung Salmah & Khamis bersempena nama ibu dan bapa mertuanya di Durian Daun, Masjid Tanah.
Terdahulu, masjid yang menelan kos RM12 juta mampu menampung seribu jemaah dalam satu- satu masa dirasmikan oleh Yang di-pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob.
Turut hadir, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, keharmonian pelbagai agama di negara ini harus dimulakan umat islam kerana islam merupakan agama yang cantik, namun dirosakkan oleh sebilangan mereka yang mempunyai asas agama yang tidak kukuh sehingga terwujudnya islamophobia.
Katanya, Malaysia telah diberikan amanah untuk menubuhkan Counter Messaging Centre di rantau ini sekaligus menunjukkan kebolehpercayaan masyarakat dunia kepada negara.
Jelasnya, dasar deradikalisasi untuk memulihkan pengganas di negara ini telah bermula sejak 1948 apabila negara diancam komunis dan kumpulan militan.
Topic Berkaitan
#counter messaging centre
#idris haron
#Islam
#Khalid Abu Bakar
#Khalil Yaakob
#Mas Ermieyati Samsudin
#pengganas
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan