MELAKA: Masjid Selat Melaka yang terletak di Pulau Melaka di sini, ditutup sementara kepada pelawat dan pelancong sehingga 31 Dis ini bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf dijalankan.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata bagaimanapun institusi keagamaan berkenaan dibuka bagi tujuan solat dan aktiviti pengimarahan masjid.
Beliau berkata proses pemulihan dan pembangunan masjid berkenaan melibatkan peruntukan berjumlah RM2.8 juta yang disalurkan daripada kerajaan negeri dan dijangka dibuka semula kepada pengunjung pada awal tahun hadapan.
"Kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf berkenaan melibatkan keseluruhan bahagian hadapan masjid iaitu dataran, tandas dan kiosk untuk keselesaan pelawat dan umat Islam menggunakan fasiliti di premis tersebut.
"Penutupan sementara masjid berkenaan kepada pelawat bertujuan mengelak risiko kecederaan atau kemalangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Zakat Melaka Sektor Awam dan Swasta Tahun 2022 di sini malam tadi.
Beliau berkata proses penyelenggaraan dan naik taraf masjid berkenaan juga dijalankan sebagai persediaan menyambut Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024) kerana ia merupakan satu daripada tumpuan pelancong asing ke Melaka.
Masjid Selat Melaka, dikenali juga sebagai masjid terapung merupakan satu daripada ikon pelancongan negeri dan pembinaannya menelan kos RM10 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 22 2023
Proses pemulihan dan pembangunan masjid berkenaan melibatkan peruntukan berjumlah RM2.8 juta yang disalurkan daripada kerajaan negeri. - Gambar/ FB Samsiah Taha
Tahanan rumah Najib mungkin bincang minggu depan - Fahmi
Fahmi berkata, Anwar dijangka pulang daripada lawatan rasmi di luar negara pada minggu depan.
Kulit paha Faisal mungkin diguna untuk tampal luka lecuran
Pemain Selangor FC, Faisal Halim akan menjalani pembedahan 'split skin graft' (SSG) yang dijadualkan pada minggu depan.
Malaysia tiada hubungan dengan sayap ketenteraan Hamas - Fahmi
Begitupun, katanya, beberapa parti politik dalam negara mempunyai hubungan dengan sayap politik organisasi tersebut.
[TERKINI] Sidang Media Program Innovathon Musim Kedua
Ikuti langsung sidang media program Innovathon Musim Kedua bersama Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
AWANI Ringkas: Sekurang-kurangnya dua minggu lagi untuk pulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Badminton: Biar jurulatih 'pening' hadapi Olimpik Paris 2024 - Rexy
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky mahu para pemain tenang menghadapi cabaran beraksi pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Kemungkinan penstrukturan semula MAHB akan beri manfaat kepada negara - Ahli ekonomi
Kemungkinan penstrukturan semula ekuiti Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan memberi manfaat kepada negara.
Enam bekas penuntut UPNM buli, bunuh Zulfarhan - Pendakwaan
Pendakwaan memohon Mahkamah Rayuan menjatuhi enam bekas penuntut UPNM hukuman mati kerana membuli dan menyebabkan kematian (bunuh) rakan mereka, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Pegawai khidmat pelanggan syarikat perkapalan ditahan bersama 35kg ganja
Seorang pegawai khidmat pelanggan di sebuah syarikat perkapalan direman selepas disyaki terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di Subang Jaya dan Petaling Jaya.
Exco Pelancongan Perlis ditidurkan akibat komplikasi jantung, paru-paru
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Perlis Wan Badariah Wan Saad menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF).
Masjid Selat Melaka ditutup bagi aktiviti pelancongan sehingga 31 Disember
Masjid Selat Melaka yang terletak di Pulau Melaka di sini, ditutup sementara kepada pelawat dan pelancong sehingga 31 Dis ini bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf dijalankan.