awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masjid sepatutnya dijadikan tempat menyatukan umat - Mufti Pulau Pinang

Bernama
Bernama
08/03/2023
20:31 MYT
Masjid sepatutnya dijadikan tempat menyatukan umat - Mufti Pulau Pinang
WAN SALIM: Pengalaman sejak beberapa dekad meyakinkan kita tentang dampak buruk daripada tindakan menggunakan masjid sebagai gelanggang, bagi ahli-ahli parti politik mencari pengaruh untuk parti masing-masing. - Foto Sinar Harian
GEORGE TOWN: Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor menjunjung kasih titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung masjid perlu dijadikan asas dan medium utama masyarakat Islam untuk bersepakat.
Wan Salim berkata masjid sepatutnya dijadikan tempat untuk menyatukan umat menerusi solat berjemaah, nasihat, tazkirah dan kuliah daripada asatizah, serta ilmuwan yang ikhlas dan bertanggungjawab.
"Saya menjunjung kasih kepada Tuanku Sultan Selangor, kerana titah ucapan Baginda yang menegaskan bahawa masjid perlu bebas daripada pengaruh dan elemen politik kepartian.
"Pengalaman sejak beberapa dekad meyakinkan kita tentang dampak buruk daripada tindakan menggunakan masjid sebagai gelanggang, bagi ahli-ahli parti politik mencari pengaruh untuk parti masing-masing," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata memang tidak dinafikan bahawa di dalam Islam ada politik, tetapi politik dalam pengertian memberi pandangan dan idea bagi mengatur hal ehwal negara untuk membina kehidupan umat Islam supaya mencapai kemajuan dunia serta akhirat.
Akhbar sebelum ini melaporkan, Sultan Selangor dilaporkan bertitah masjid tidak wajar dijadikan medan yang boleh mencetuskan jurang berikutan perbezaan pandangan serta dendam politik dan akhirnya menyebabkan persengketaan berpanjangan sesama umat Islam.
Justeru, baginda menegaskan supaya orang politik dilarang daripada menjadikan masjid sebagai pentas ceramah politik dan hanya membenarkan individu yang mempunyai tauliah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk memberi ceramah dan tazkirah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Selangor
#Mufti Pulau Pinang
#masjid
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan