KUALA LUMPUR: Suasana suram melanda kem badminton Malaysia pada kejohanan Indonesia Masters selepas pasangan beregu wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah tersingkir di separuh akhir, semalam.
Pasangan nombor enam dunia itu, dikecewakan di separuh akhir buat kali kedua berturut-turut apabila tewas 14-21, 19-21 kepada gandingan nombor 11 dunia Yuki Fukushima-Sayaka Hirota dalam pertarungan selama 51 minit di Istora Senayan, di Jakarta.
Walaupun pemenang pingat perak Kejohanan Dunia tiga kali itu mengawal pemainan set pertama, Pearly-Thinaah bermain dengan baik pada set kedua dengan mendahului hingga ke mata 15-15, tetapi gagal mengheret permainan ke set penentuan.
Pada aksi final hari ini, Fukushima-Hirota akan berdepan pasangan bukan pilihan dari China, Liu Sheng Shu-Zhang Shu Xian, yang mengejutkan pilihan keempat dari Thailand, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai 21-11, 21-9 dalam satu lagi aksi separuh akhir.
Terdahulu, Pearly-Thinaah yang merupakan pilihan keenam, mengenepikan beregu China, Li Wen Mei-Liu Xuan Xuan 21-10, 21-12 di suku akhir.
Juara Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu, belum meraih sebarang gelaran sejak kejayaan di Terbuka Perancis 2022 pada Oktober lepas, manakala pada Terbuka India hujung minggu lepas mereka juga kandas di separuh akhir selepas tewas kepada pasangan nombor dua dunia dari Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida.
Pearly-Thinaah merupakan satu-satunya wakil negara di separuh akhir kejohanan Super 500 itu, selepas beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang merupakan naib juara Terbuka India minggu lepas dan pasangan beregu campuran Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie tewas di peringkat suku akhir, Jumaat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 28 2023

Pearly-Thinaah ketika beraksi menentang pasangan Fukushima-Hirota pada kejohanan separuh akhir Indonesia Masters di Jakarta, 28 Jan 2023. - Foto Facebook BAM

PKNS santuni gelandangan ibu kota, ringankan beban menjelang Ramadan
PKNS berkerjasama dengan sebuah badan bukan kerajaan iaitu Pertubuhan Jejak Jalanan, dalam menghulurkan sumbangan.

Kerajaan sedang muktamadkan Inisiatif Program Fasiliti Sokongan Akaun 2 - Kementerian Kewangan
Menurut Kementerian Kewangan inisiatif itu juga tidak bercanggah dengan Seksyen 51, Akta KWSP 1991 kerana baki simpanan dalam Akaun 2 hanya digunakan sebagai sandaran.

Kedudukan bank-bank Malaysia mantap dalam menangani potensi kemerosotan kualiti aset
Pertumbuhan pinjaman dijangka akan terus diterajui oleh sektor perbankan Islam, yang menyumbang lebih 80 peratus daripada pertumbuhan industri itu pada 2022.

Amalkan langkah kesihatan awam sepanjang Ramadan - KP Kesihatan
Orang ramai digalakkan terus mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam bagi melindungi diri, keluarga dan masyarakat sepanjang menjalani ibadah puasa tidak lama lagi.

Arab Saudi, Kuwait umumkan hari pertama Ramadan pada Khamis (23 Mac)
Arab Saudi dan Kuwait mengumumkan hari pertama Ramadan jatuh pada Khamis (23 Mac 2023).

Kylian Mbappe dilantik kapten pasukan Perancis
Penyerang sensasi, Kylian Mbappe dilantik sebagai kapten Perancis baharu menggantikan Hugo Lloris yang bersara daripada arena bola sepak antarabangsa.

Sushi mampu milik pilihan pelanggan di Kaherah
Seorang peniaga Mohamed Samir menjual sekeping sushi pada harga mampu miliki di sekitar kawasan Kaherah, Mesir.

Gembira dalam kesedihan menjelang Ramadan
Persiapan menjelang ramadan bagi penduduk Batu Pahat terbantut apabila kelengkapan musnah dihanyutkan banjir.

China ulangi pendirian tidak tawar bantuan kepada Rusia
China sekali lagi mengulangi pendirian tidak pernah terlibat menawarkan senjata kepada sekutunya berhubung perang antara Rusia dan Ukraine.

Persiapan Ramadan di Afghanistan sederhana
Persiapan Ramadan di Afghanistan suram memandangkan negara itu berdepan dengan krisis ekonomi yang berlarutan sejak Taliban mengambil alih pentadbiran negara.

Pemain badminton Indonesia Syabda Perkasa dan ibu meninggal dunia kemalangan
Syabda Perkasa bersama keluarga dalam perjalanan menghadiri majlis pengebumian neneknya.

Zii Jia dapat semula keyakinan diri
Zii Jia mendapat kembali keyakinan kiri untuk terus bersaing dalam kejohanan badminton antarabangsa musim ini.

Zii Jia tersingkir di separuh akhir All England
Harapan Lee Zii Jia untuk menamatkan kemarau kejuaraan dimusnahkan oleh Shi Yu Qi dari China dalam separuh akhir Kejohanan Badminton All England 2023 malam ini.

Skuad badminton Sukan SEA perlu serap semangat juang Tze Yong - Ketua Kontinjen
Sharon Wee berkata pemain muda tidak perlu rasa gentar apabila berdepan dengan pemain yang mempunyai ranking lebih baik.

All England: Dua beregu negara terkandas di pusingan kedua
Yew Sin- Ee Yi tumpas straight set 18-21, 18-21 dalam aksi pusingan kedua itu yang berlangsung selama 44 minit di Arena Utilita Birmingham.

Badminton: Zii Jia lepasi halangan pertama di All England
Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia, berjaya melepasi halangan pertama apabila melangkah ke pusingan kedua kejohanan badminton All England 2023.

Kisona buru kedudukan 20 terbaik dunia
Kisona optimis dengan corak latihannya yang disifatkan solid bersama jurulatih baharu Mohd Zakry Abdul Latif dan rakan pasukan.

Hannah Yeoh akan bertemu Zii Jia
Hannah Yeoh akan mengadakan pertemuan empat mata dengan Lee Zii Jia apabila pemain badminton perseorangan lelaki negara itu pulang ke tanah air.

Pearly-Thinaah gagal ke final Terbuka Jerman
Pearly-Thinaah terpaksa akur apabila mudah ditundukkan 24-22, 21-13 dalam perlawanan selama 42 minit.

Pearly-Thinaah mara ke separuh akhir Terbuka Jerman
Jaguh badminton beregu wanita Malaysia Pearly Tan-M.Thinaah nyata berada dalam kelas tersendiri apabila menjadi wakil tunggal negara yang berjaya menempah slot ke peringkat separuh akhir Terbuka Jerma