awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masuk campur kes Adib: Pembangkang desak AG letak jawatan

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
29/05/2019
07:48 MYT
Masuk campur kes Adib: Pembangkang desak AG letak jawatan
Ismail Sabri (dua dari kanan) berkata pihaknya turut mendesak supaya Perdana Menteri memecat Tommy. - Astro AWANI
Ahli-ahli Parlimen pembangkang mendesak supaya Peguam Negara (AG), Tommy Thomas supaya meletakkan jawatan selepas dilihat masuk campur dalam prosiding inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.
Ketua pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihaknya turut mendesak supaya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Tommy.
“Malangnya pegawai daripada Jabatan Peguam Negara, Hamdan Hamzah telah membuat afidavit dalam mahkamah bahawa kematian Adib bukan disebabkan dipukul oleh mana-mana individu. Ini menunjukkan bahawa pihak AG mempunyai pemikiran dan telah membuat keputusan sebelum koroner selesai menjalankan inkues.
“Kami berpandangan bahawa ia campur tangan yang amat jelas dan ketara termasuk terbaharu apabila peguam mewakili kementerian, bomba dan keluarga diarah untuk tarik diri.
“Jadi nampak jelas bahawa campur tangan dalam isu ini dan kita merasakan bahawa AG bertindak di luar kuasa yang ada sekali gus ini merupakan kegagalan daripada AG,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Justeru, beliau menegaskan bahawa Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan bagi memastikan kes tersebut dapat disiasat tanpa campur tangan mana-mana pihak.
Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyudin Hassan mempersoal mengapa Tommy tidak mengeluarkan kenyataan membantah pelantikan Syazlin lebih awal, sebaliknya selepas hampir lima bulan inkues itu berjalan.
"Tapi kenapa selepas lima bulan inkues ini diadakan, baru dia sruh tarik balik. Dulu dia (Tommy) tak bantah. Peguam yang nak mewakili kuil dibantah oleh AG.
"Tapi Syazlin yang mewakili KPKT, tidak pernah dibantah. Jadi ini satu perkara yang amat serius pada pandangan kami pihak pembangkang dalam Parlimen.
"AG bertindak luar dari kuasanya. Saya nak sebut, AG jangan kendali Jabatan Peguam Negara macam firma guaman dia sendiri," katanya pada sidang media sama.
Malah, pihaknya juga akan mengadakan perbincangan lanjut sama ada wujud keperluan atau tidak untuk mengemukakan usul khas di Parlimen berhubung kes tersebut.
Topic Berkaitan
#AG
#bomba
#ismail sabri yaakob
#Muhammad Adib Mohd Kassim
#Peguam Negara
#pembangkang
#Perdana Menteri
#Tommy Thomas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan