awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masuk kampung ketika musim buah-buahan, gajah 'Siti' dan 'Pagar' berjaya dipindahkan

Bernama
Bernama
01/08/2021
09:39 MYT
Masuk kampung ketika musim buah-buahan, gajah 'Siti' dan 'Pagar' berjaya dipindahkan
Kedua-dua ekor gajah itu berjaya ditangkap menggunakan kaedah tembakan pelali. - Gambar/ Bernama
KUALA KRAI: Dua ekor gajah liar dinamakan 'Siti' dan 'Pagar' yang menjadi kerisauan penduduk Kampung Bukit Pagar, di sini, berjaya dipindahkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, hari ini.
Proses pemindahan ibu dan anak gajah itu memakan masa hampir enam jam dengan pihak Perhilitan Kelantan menggunakan dua gajah denak iaitu Surai dan Kala untuk menjinakkan kedua-dua haiwan liar itu.
Pengarah Perhilitan Kelantan Ady Armanty Haniff Mohammad Hanif berkata Siti dan Pagar dipujuk Surai dan Kala bagi menarik keluar kedua-dua gajah liar itu, sejauh 400 meter dari lokasi ia ditangkap sebelum dibawa ke Taman Negara Terengganu menggunakan sebuah lori.
Mengulas lanjut, Ady Armanty Haniff berkata Siti dan Pagar masing-masing dianggarkan berusia tiga hingga 18 tahun itu, telah ditangkap Perhilitan Kelantan pada Khamis lalu di kawasan kebun getah selepas menerima 14 aduan daripada penduduk Kampung Bukit Pagar berhubung haiwan itu yang berkeliaran di kawasan kampung berkenaan sejak beberapa bulan lalu.
Haiwan Liar | Ragam gajah tarik perhatian warganet
"Gajah-gajah ini dipercayai keluar dari hutan simpan ke kawasan berhampiran untuk mencari sumber makanan terutamanya ketika musim buah di kawasan berhampiran hutan simpan pada ketika ini," katanya ketika ditemui pemberita semasa operasi pemindahan gajah itu.
Ady Armanty Haniff berkata kedua-dua ekor gajah itu berjaya ditangkap menggunakan kaedah tembakan pelali.
"Namun, kedua-duanya berada dalam keadaan sihat, cuma anak gajah jantan (Pagar) berkenaan mempunyai bekas kecederaan lama di bahagian belalai.
"Bagaimanapun, pemerhatian mendapati anak gajah berkenaan mampu meneruskan kelangsungan hidup di habitat liar dengan bantuan ibunya (Siti)," katanya.
Topic Berkaitan
#gajah liar
#Siti
#pagar
#musim buah-buahan
#masuk kampung
#Kelantan
#kampung bukit pagar
#Kuala Krai
#Perhilitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan