awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masuk kawasan larangan KLIA, penulis warga UK didenda RM700

Bernama
Bernama
14/01/2025
09:34 MYT
Masuk kawasan larangan KLIA, penulis warga UK didenda RM700
Lelaki itu didakwa memasuki kawasan larangan dari kawasan terbuka tanpa menggunakan pas yang sah di pintu C, aras lima balai pelepasan antarabangsa KLIA T1 pada 10 Januari lalu. - Foto BERNAMA
SEPANG: Seorang penulis bebas warga United Kingdom didenda RM700 oleh Mahkamah Majistret Sepang di sini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memasuki kawasan larangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 (T1) pada 10 Jan lepas.
Polak Kendon, 57, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.
Lelaki itu didakwa memasuki kawasan larangan dari kawasan terbuka tanpa menggunakan pas yang sah di pintu C, aras lima balai pelepasan antarabangsa KLIA T1 pada 8.47 malam, 10 Jan.
Pertuduhan mengikut Seksyen 5(1) Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 7 akta sama yang memperuntukkan maksimum penjara dua tahun atau denda RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur 'Ain Madihah Zulkifli manakala Kendon diwakili peguam Muhammad Aidil Akmal Sharidan.
Terdahulu, Nur 'Ain Madihah memohon mahkamah mengenakan hukuman berbentuk pengajaran bagi mengelakkan kesalahan sama berulang bagaimanapun Muhammad Aidil Akmal memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya tidak memiliki sebarang rekod jenayah sepanjang beberapa kali ke Malaysia untuk melancong.
"Saya mohon pertimbangan pihak mahkamah memandangkan Orang Kena Tuduh (OKT) akan ke Addis Ababa, Ethiopia. Jadi pihak kami mohon untuk hukuman minimum diberikan sama ada bon berkelakuan baik atau amaran di bawah Seksyen 173 (a) Kanun Acara Jenayah.
"Sekiranya tidak, mohon bagi denda minimum kerana beliau berusia 57 tahun dan sering ke Malaysia dan tidak ada rekod jenayah di negara ini. Saya yakin dan percaya perkara ini merupakan salah faham antara OKT dan penguat kuasa di KLIA," katanya.
Kendon kemudiannya membayar denda tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#masuk kawasan larangan
#warga UK
#didenda
#KLIA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan