awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi sistem penjagaan warga emas perlu dipercepat - Nancy
FEM 2026: RESET langkah penting pemodenan sistem kesihatan negara
Penipuan kuota pekerja asing, lapan warga Bangladesh, seorang wanita Indonesia ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masyarakat digesa lapor salah laku terhadap anak yatim

Mohd Sharkawi Mohd Salehuddin
Mohd Sharkawi Mohd Salehuddin
10/07/2013
00:15 MYT
Masyarakat digesa lapor salah laku terhadap anak yatim
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memandang serius kes yang melibatkan penderaan anak-anak yatim oleh rumah perlindungan persendirian. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Rohani Abdul Karim menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi Talian Nur supaya tindakan boleh diambil.
Kata Datuk Rohani, kerajaan tidak akan melepaskan sewenang-wenangnya pengusaha rumah perlindungan anak-anak yang menyalahi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan kementerian.
“Kita akan masuk campur dalam perkara sebegini walaupun institusi perlindungan persendirian. Setiap rumah perlindungan anak-anak yatim perlu mematuhi garis panduan operasi (SOP) yang sama. Jadi mereka tidak boleh melakukan perkara sewenang hati”, kata Datuk Rohani kepada pemberita selepas sidang media selepas meraikan 46 anak yatim Persatuan Penyanyang Nur Iman di gedung tekstil Globe by Sarah Hughes, Jalan Tunku Abdul Rahman, pada Selasa.
Datuk Rohani turut menegaskan dengan wujudnya Akta Kanak-kanak 2001, KPWKM begitu memandang berat isu yang melibatkan golongan tersebut. Beliau menambah, “Saya sekali lagi menyeru kepada masyarakat untuk memaklumkan kepada kami sekiranya mempunyai keraguan terhadap institusi perlindungan anak yatim di kawasan anda dengan menghubungi Talian NUR di 15999 ataupun cawangan JKM terdekat.”
Topic Berkaitan
#anak yatim
#Datuk Rohani Abdul Karim
#jkm
#salah laku
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan