Seperti kebanyakan masyarakat di dunia yang tersentuh dengan kehilangan Penerbangan MH370 Malaysia Airlines (MAS), masyarakat Melayu di Perth yang berjumlah 20,000 orang menaruh harapan semoga pesawat itu segera ditemui bagi mengakhiri penantian anggota keluarga penumpang dan kru pesawat.
Mereka berkata anggota keluarga harus membina kekuatan semangat melalui sokongan masyarakat dari seluruh dunia dan hakikat bahawa isyarat 'ping' di bawah permukaan laut adalah konsisten dengan isyarat yang terpancar dari kotak hitam yang dikesan di kawasan pencarian di barat laut Perth, di selatan Lautan Hindi.
"Kami berdoa semoga usaha pencarian akan berhasil menemui pesawat tidak lama lagi kerana misi pencarian sudah memasuki hari ke-36 sekarang," kata perunding teknologi maklumat kelahiran Johor Baharu, Hashim Mohamad, 51, kepada Bernama.
Bapa dua anak yang menetap di Perth sejak 36 tahun lalu itu berkata beliau turut berkongsi kesedihan dan penantian bersama anggota keluarga berhubung pencarian melibatkan pelbagai negara bagi pesawat Boeing 777-200ER itu sejak awal bulan lepas.
Penerbangan MH370 membawa 239 orang hilang daripada imbasan radar semasa berada di ruang udara Laut China Selatan, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam pada 8 Mac.
Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pukul 6.30 pagi hari sama.
Bagi pengusaha restoran Makan Makan, Ahmad Norly Hassan, 48, penantian yang begitu lama bagi merungkai misteri kehilangan MH370 sudah tentu tidak tertanggung anggota keluarga.
"Saya berharap pengesanan beberapa isyarat yang berpotensi seperti dilaporkan media akan menjadi sumber harapan untuk mereka," kata Ahmad Norly yang membuka restoran itu selepas memperoleh ijazah dalam jurusan kewangan daripada University of Western Australia pada 2000.
Berasal dari Terengganu, Ahmad Norly berkata beliau kadang kala menganjurkan majlis bacaan Yasin dan doa selamat semoga dipermudahkan usaha pencarian MH370 bagi mengakhiri episod itu.
"Kami juga memasang papan putih di restoran untuk membolehkan pelanggan melahirkan sokongan dan harapan bagi kejayaan usaha pencarian MH370," kata Ahmad Norly.
Presiden Persatuan Melayu Australia Barat, Rahmah Aziz, 60, berkata ketika doa dan harapan mereka adalah bersama anggota keluarga penumpang pesawat, pasukan mencari MH370 sebenarnya adalah wira yang tidak didendang dalam episod menyayat hati itu.
"Kami terhutang budi dan berterima kasih kepada mereka atas usaha yang berbahaya dan tanpa mengenal penat," kata Rahmah yang menetap di Australia selama 40 tahun.
Rahmah, yang berasal dari Singapura, berkata allahyarham suaminya menubuhkan persatuan itu pada 1984 untuk mengekalkan warisan budaya Melayu selain menyatukan masyarakat Melayu di Perth.
Usaha mencari yang disertai pelbagai negara dikerah susulan kehilangan MH370, mula-mula di Laut China Selatan sebelum beralih ke Selat Melaka, Laut Andaman dan sekarang di selatan Lautan Hindi.
Analisis data satelit oleh Syarikat Telekomunikasi United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan bahawa MH370 terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ialah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat bahawa Penerbangan MH370 telah "berakhir di selatan Lautan Hindi".
Bernama
Sun Apr 13 2014
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
[TERKINI] Bendera terbalik, Lee Zii Jia melakukan kesilapan kritikal
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata biarpun pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, telah memohon maaf, tetapi kesilapan memakai jersi memaparkan bendera Malaysia secara terbalik, sebagai kesilapan kritikal.
JIM Selangor gempur kawasan setinggan warga asing
Jabatan Imigresen (JIM) Selangor menahan 49 warga asing yang didapati melakukan pelbagai kesalahan berkaitan imigresen selepas menyerbu sebuah kawasan setinggan di Taman Ayer Hitam awal pagi tadi.
Zahid tidak terima sebarang makluman daripada Tengku Zafrul
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Saintis muda tonggak sains iklim - Nik Nazmi
Penglibatan saintis Malaysia dalam sains iklim global amat penting untuk memperkukuh pengaruh negara dalam dasar antarabangsa, menurut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau menegaskan bahawa penyertaan aktif Malaysia dalam proses Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (I-P-C-C) perlu diperkasakan, terutama ketika negara berdepan kesan perubahan iklim yang semakin serius.
Beliau menegaskan bahawa penyertaan aktif Malaysia dalam proses Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (I-P-C-C) perlu diperkasakan, terutama ketika negara berdepan kesan perubahan iklim yang semakin serius.
1,342 kes denggi, dua kematian direkod minggu lalu - KKM
Sebanyak 1,342 kes demam denggi dan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-49 (ME49) berbanding 1,249 kes dan tiada kematian pada minggu sebelumnya.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
INNOMed lonjak Malaysia sebagai hab peranti perubatan - KP Kesihatan
Kerjasama awam-swasta melalui inisiatif INNOMed berpotensi mencipta asas ekosistem inovasi yang kukuh dalam penjagaan kesihatan sekali gus memberi manfaat kepada setiap lapisan masyarakat.
JPS terus pantau lembangan sungai di Kelantan berisiko banjir
JPS Kelantan akan membuat pemantauan berterusan dan mengemas kini hebahan amaran banjir sekiranya hujan yang signifikan berterusan di lembangan sungai utama negeri ini.
KPT gerakkan 558 sukarelawan MASKUM ke Kelantan bagi misi bantuan pascabanjir
Sebanyak 558 ahli Majlis Kesukarelawanan Universiti Malaysia (MASKUM) ditempatkan di Kelantan selama tiga hari hingga esok bagi membantu penduduk terjejas banjir.
Banjir: Sektor pertanian di Kelantan kerugian mencecah RM10 juta - KADA
Sektor pertanian di negeri Kelantan dianggarkan mengalami kerugian mencecah RM10 juta termasuk kerosakan infrastruktur, susulan banjir gelombang fasa pertama yang berlaku pada akhir bulan lepas.
Banjir: Kerosakan premis, peralatan PDRM di Kelantan dianggar RM1.55 juta
Kerosakan akibat banjir membabitkan bangunan, kenderaan serta peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan dianggar bernilai RM1.55 juta.
Berhibur di Golok: Tiga anggota polis akan ditukarkan - KPN
Tiga anggota polis yang dikesan melakukan aktiviti salah laku dengan mengunjungi pusat hiburan di Golok, Thailand akan ditukarkan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Tengkujuh: Pasangan suami isteri raih pendapatan lumayan dengan menjual ubi kayu
Pasangan suami isteri tidak menjangka percubaan menjual ubi kayu pada musim tengkujuh di Kelantan ketika ini memberi pendapatan lumayan.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Polis tahan tiga lelaki, rampas dadah lebih RM200,000
Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah, dan merampas heroin serta ganja bernilai lebih RM200,000 dalam tiga serbuan di sini baru-baru ini.