awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai IKBN Kuala Langat didakwa bersubahat buat tuntutan palsu RM76,980
KDN gesa elak perhimpunan sempena lawatan PM Modi
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maszlee ucap selamat berjaya kepada calon UPSR

Bernama
Bernama
23/09/2018
21:35 MYT
Maszlee ucap selamat berjaya kepada calon UPSR
MASZLEE: Mohon doa daripada ibu bapa dan penjaga untuk dijadikan pelengkap di waktu peperiksaan, selain rehat serta tidur yang cukup agar minda terus cerdas. - Gambar fail
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengucapkan selamat berjaya kepada calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Dalam catatan di laman Twitter, beliau mendoakan supaya segala ilmu yang telah dipelajari dapat dizahirkan dengan lancar semasa menjawab soalan peperiksaan.
"Mohon doa daripada ibu bapa dan penjaga untuk dijadikan pelengkap di waktu peperiksaan, selain rehat serta tidur yang cukup agar minda terus cerdas
"Jadikan kebahagiaan sebagai matlamat utama anda. Jadikan kasih sayang guru-guru sebagai pendorong anda. Hormati mereka kerana bakti yang dicurahkan mereka adalah untuk melihat anda terus berjaya dalam hidup. Semoga berjaya semua!" katanya.
UPSR yang bermula sejak 20 Sept hingga Khamis ini melibatkan seramai 440,743 calon, dengan 430,031 daripadanya merupakan calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, manakala 10,712 pula calon sekolah swasta.
Sebanyak 8,100 pusat peperiksaan dibuka di seluruh negara melibatkan 54,253 petugas peperiksaan tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#calon upsr
#Maszlee Malik
#Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
#UPSR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan