KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu tidak dapat menahan sebak sewaktu memberikan ucapan pada malam kemuncak piket aman 'Kepung Demi Palestin' berhadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jalan Tun Razak pada Ahad.
Beliau kelihatan sedih dan mengalirkan air mata ketika membicarakan tentang pembunuhan kejam yang dilakukan terhadap kanak-kanak dan penduduk awam Gaza.
“Berapa orang jururawat, doktor dan wartawan yang rejim Zionis itu sudah bunuh? Sebenarnya kamu perang dengan siapa? Sebab itu, isu Palestin sudah jadi isu kemanusiaan, tanpa mengira bangsa dan agama.
"Siapa yang mereka bunuh? Lebih kurang 22,000 penduduk Gaza dibunuh. Dua pertiga daripadanya merupakan kanak-kanak dan wanita.
"Kanak-kanak menjerit mencari makan setiap hari, menjerit mencari ibu dan bapa mereka yang sudah mati dibunuh, di depan kononnya simbol Amerika, Liberty.
"Saya harap kedutaan AS di sini laporkanlah kepada pemimpin kamu bahawa dunia sudah benci kepada kamu, melainkan kamu tamatkan segera segala penderitaan rakyat Palestin," tegasnya.
Jelasnya lagi, selama lebih tiga bulan Israel masih menggunakan alasan memburu pejuang jihad Islam yang akhirnya membunuh puluhan ribu rakyat Palestin yang tidak berdosa.
“Sebenarnya Israel telah kalah, mereka bertarung dengan Hamas kumpulan jihad. Mereka gagal hapuskan Hamas. Mereka rancang dalam masa seminggu untuk lanyak, sekarang sudah tiga bulan, Hamas tak dapat dikalahkan," katanya.
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu berkata, kempen Anti Israel dan AS yang sedang giat berlangsung kini tidak menjejaskan hubungan diplomasi antara Malaysia dan AS.
Beliau berkata, kerjasama hubungan diplomatik Malaysia adalah seperti biasa dengan komuniti dunia.
"Tetapi kita kena buat teguran, seperti di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kita tak mengundi bersama Amerika. Soal diplomatik soal lain.
"Rusuhan dan kempen tunjuk perasaan berlaku di seluruh dunia. Memang semua orang tahu. Rejim Israel sudah kalah, kalau AS tarik sokongan esok, Israel akan adakan gencatan senjata," katanya.
Mohamad berkata, sikap kerajaan AS yang terus mendukung Israel tidak dipersetujui oleh rakyat Malaysia.
"Saya yakin kemanusiaan akan menang apabila Eropah, AS, Asia semuanya bersatu menolak kezaliman Zionis Israel dan negara Palestin akan merdeka tidak lama lagi," katanya.
Piket secara aman yang diadakan selama enam hari itu mencipta sejarah tersendiri apabila penganjur berjaya mendapatkan kebenaran pihak berkuasa untuk mendirikan khemah meskipun pada mulanya mereka tidak dibenarkan berbuat demikian.
Solidariti di hadapan kedutaan negara itu adalah sebagai simbolik pengepungan terhadap Gaza dan ia juga bagi menuntut supaya pembunuhan terhadap rakyat Palestin dihentikan, serta mendesak supaya gencatan senjata dilaksanakan segera.
Himpunan itu membabitkan lebih 60 badan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada organisasi masyarakat, pertubuhan pemuda dan pelajar serta kelompok politik daripada pelbagai spektrum.
Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) mengesahkan antara NGO yang mengambil bahagian ialah Majlis Perundingan Islam Malaysia, Viva Palestina Malaysia, Yayasan Al Quds Malaysia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Malaysian Women's Coalition for Al-Quds and Palestine. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 01 2024
Mohamad bersama antara lain, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada piket aman 'Kepung Demi Palestin' yang diadakan berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, malam tadi. --fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: 1MDB - Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Hamas sudah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata
Gesaan dari seluruh dunia untuk satu gencatan senjata semakin meningkat dengan serangan ke atas Gaza kini memasuki bulan ketujuh.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Tunjuk perasaan pelajar AS gesa gencatan senjata Gaza
Polis menahan puluhan individu dalam perhimpunan pro-Palestin di Universiti Yale pada Isnin.
Presiden Iran, Pakistan adakan pertemuan luas kerjasama
Presiden Iran, Ebrahim Raisi mengadakan pertemuan dengan Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari, di kediaman rasmi Presiden di Islamabad dalam lawatan tiga hari beliau ke negara tersebut pada Isnin.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
‘Tidak mustahil Palestin dibebaskan oleh masyarakat Eropah’ - Mat Sabu
Mohamad memberi gambaran bahawa tidak mustahil Palestin akan dibebaskan oleh masyarakat Eropah kerana mereka lebih memahami nilai kemanusiaan.
Menteri Luar Iran bincang penyelesaian krisis Gaza dengan Setiausaha Agung PBB
Dalam perbincangannya dengan pegawai PBB, menteri itu menegaskan pendirian Iran bahawa meningkatkan lagi konflik ini tidak memanfaatkan pihak terlibat.
Palestin kecam AS guna kuasa veto halang keanggotaan penuh negara itu dalam PBB
Palestin mengecam sekeras-kerasnya keputusan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto bagi menolak usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis yang menuntut ke
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.