Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu gagal untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkannya dan setiausaha agung parti itu membayar RM200,000 kepada bekas timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Lim Yee Lan, Datuk Varghese George Varughese dan Tan Sri Idrus Harun hari ini sebulat suara menolak hujahan perayu bahawa Datuk Wan Ahmad Wan Omar tidak boleh menyaman mereka kerana beliau ialah penjawat awam.
Hakim Lim menegaskan Wan Ahmad memfailkan saman sivil terhadap Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dan Datuk Mustafa Ali, atas kapasiti peribadi.
Beliau berkata perayu telah bertindak dengan niat jahat apabila membuat kenyataan tanpa mendapatkan pengesahan sewajarnya. Lim kemudiannya memerintahkan mereka membayar RM10,000 sebagai kos.
Wan Ahmad menyaman dua pemimpin PAS itu pada 5 Mac 2013, mendakwa artikel diterbitkan dalam Harakah edisi 1-3 Feb berdasarkan temu ramah mereka pada 29 Jan 2013 yang merujuk kepada 'Projek IC Sabah', merupakan fitnah terhadapnya.
Dalam pernyataan pembelaan mereka, Mohamad dan Mustafa menafikan memfitnah Wan Ahmad, menyatakan kedudukannya sebagai penjawat awam terbuka untuk dikritik secara terbuka.
Pada 20 Mac, tahun lepas, Mahkamah Tinggi membuat keputusan memihak kepada bekas pegawai SPR itu dan memerintahkan dua pemimpin PAS itu membayar ganti rugi RM200,000.
Kedua-dua perayu diwakili peguam Azhana Mohd Khairuddin manakala Wan Ahmad diwakili peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun.
Bernama
Wed Mar 18 2015
Mat Sabu, Setiausaha Agung PAS gagal batal keputusan Mahkamah Tinggi. -Gambar fail
Pameran seni China Sabah perkukuh hubungan dua negara
Menteri Pelancongan, kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew berharap Pemeran Seni China-Sabah membantu memperkukuh hubungan budaya antara Malaysia dan China.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
660 permohonan diluluskan dari 2018 sehingga Mac 2024
660 individu berusia bawah 21 tahun di sarawak telah diberikan kewarganegaraan daripada keseluruhan 1,453 permohonan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan, dalam tempoh 2018 hingga Mac 2024.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Pesta Kaamatan platform terbaik pupuk perpaduan rakyat
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyeru rakyat tanpa mengira kaum dan agama agar terus bersatu padu, saling menghormati dan tidak mudah dipengaruhi dengan anasir yang boleh memudaratkan perpaduan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$112.8 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$112.8 bilion (AS$1=RM4.740) pada 30 April 2024.
Keadaan kesihatan YDP Dewan Negara masih membimbangkan
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Gerawat Gala memaklumkan keadaan kesihatan YDP Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang kini dirawat di IJN masih membimbangkan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
DUN Sarawak lulus usul penghargaan khas kepada Tun Abdul Taib
Usul ini telah diluluskan setelah melalui 30 perbahasan, dengan dua usul menolak, iaitu daripada ADUN Padungan dan ADUN Pending.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Syarikat penerbangan India terjejas selepas ratusan kru kabin tidak sihat
Puluhan penerbangan Air India Express terganggu selepas ratusan kru kabin secara tiba-tiba melaporkan diri tidak sihat.
Pesawat kargo mendarat cemas di Lapangan Terbang Istanbul
Sebuah pesawat kargo Boeing 763 melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Istanbul, Turki pada Rabu susulan masalah pada gear pendaratannya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Buku Ghannouchi mengenai demokrasi Islam penting untuk umat Islam - Maszlee
Maszlee berkata, wacana yang menyelubungi Islam dan demokrasi sering menjadi polemik dan penuh dengan salah faham.
Kerajaan Kelantan mahu kembalikan semula Enakmen Kanun Jenayah Syariah
Perkara itu akan dibincangkan menerusi Konvensyen Pemantapan Perundangan dan Institusi Syariah pada 21 Mei ini.
Mat Sabu, Setiausaha Agung PAS gagal batal keputusan Mahkamah Tinggi
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu gagal untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkannya dan setiausaha agung parti itu membayar RM200,000 kepada bekas timbalan pengerusi SPR.