PUTRAJAYA: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu menyatakan tidak terkejut bahawa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) memperoleh markah tercorot berdasarkan pandangan awam seperti didedahkan sesi pemukiman Jemaah Menteri pada Ahad.
Mohamad berkata, pihaknya tidak terkejut dengan pandangan tersebut berikutan masalah bekalan telur termasuk ayam sudah menjadi tumpuan negara sejak setahun lalu.
Ujarnya lagi, markah tercorot tersebut didedahkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali semasa pemukiman berkenaan.
"Masalah ayam dan telur telah berlaku selama setahun. Ia bukan berlaku selepas kita (Kerajaan Perpaduan) mengambil alih negara sejak Disember lalu.
“Bahkan markah tercorot tersebut bersambung sejak kepimpinan lalu (kerajaan terdahulu) sehingga kini,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2023 MAFS di sini pada Isnin.
Dalam pada itu, Mohamad berkata, pihaknya akan cuba mengatasi isu tersebut.
"Pada masa ini bekalan ayam sudah stabil manakala telur pula dijangka dapat distabilkan tidak lama lagi.
"Kita tidak boleh berasa marah sekiranya rakyat membuat rungutan kerana itu hak mereka maka sebagai kerajaan perlu bertindak cepat untuk menstabilkan bekalan tersebut," jelasnya.
Menurut Mohamad, buat masa ini isu kekurangan bekalan dan keterjaminan makanan bukan sahaja dihadapi di Malaysia sebaliknya di seluruh dunia.
Pada masa sama, Mohamad berkata pihaknya kini sedang berbincang dengan penternak-penternak telur berkait soal subsidi sama ada ia akan disusun semula, diteruskan atau diubah cara bagi memastikan bekalan tersebut dapat distabilkan.
“Ada pandangan supaya harga telur diapungkan dan subsidi harga telur diberikan kepada golongan B40.
"Kita akan kaji perkara itu sama ada ia baik atau tidak untuk golongan berkenaan," ujarnya.
Mengenai soal menyusun semula subsidi, beliau berkata, perkara itu perlu dibincang oleh beberapa kementerian termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Kementerian Kewangan.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 16 2023
Mohamad berkata, pihaknya tidak terkejut dengan pandangan tersebut berikutan masalah bekalan telur termasuk ayam sudah menjadi tumpuan negara sejak setahun lalu. - Gambar fail/BERNAMA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Mat Sabu agih durian kepada MP di Parlimen
Durian yang diberikan adalah hasil daripada petani tempatan dan simbolik kepada kualiti tinggi produk negara yang wajar dibanggakan.
Kerajaan fokus 91,000 hektar tanah terbiar untuk tanaman padi
Usaha tersebut termasuk memanfaatkan tanah terbiar di kawasan luar jelapang padi seperti di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Mohamad Sabu akur titah Sultan Selangor kekal nama UPM
Mohamad juga berkata beliau mengambil maklum keputusan Baginda Sultan dan mahu perkara itu tidak dipanjangkan lagi.
'Sebelum tukar nama, fahami sejarah dahulu' - Sultan Selangor
Baginda mengingatkan bahawa nama UPM diambil sempena Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.
Cadangan tukar nama UPM kepada nama asal akan dibawa ke Kabinet - Mohamad Sabu
Mohamad berkata beliau sendiri akan membawa cadangan itu ke Mesyuarat Kabinet tidak lama lagi, selepas mengambil kira keutamaan negara kini tertumpu kepada isu keterjaminan makanan.
Ahli Amanah perlu main peranan tangani takfiri, persepsi salah - Mohamad Sabu
Sikap mudah menuduh orang lain keluar daripada Islam atau takfiri dan penyebaran persepsi bahawa Islam perlu 'diselamatkan' di negara ini adalah berbahaya dan perlu ditangani segera.
KPKM sedang susun jawatankuasa khas tangani kekurangan beras putih tempatan - Mohamad Sabu
Satu jawatankuasa khas sedang disusun bagi mencari penyelesaian kepada isu kekurangan bekalan beras putih tempatan yang berlaku ketika ini.
Operasi, obligasi NAFAS tidak terjejas akibat penggantungan - Mohamad Sabu
Operasi dan obligasi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) kepada mana-mana pihak ketiga tidak terjejas berikutan penggantungan perlembagaan pertubuhan itu bermula 1 Nov lepas.
42 isu tadbir urus, tatakelola dikenal pasti dalam NAFAS - Mohamad Sabu
KPKM mengenal pasti 42 isu tadbir urus dan tatakelola dalam NAFAS yang didedahkan melalui Laporan Pengauditan Khas 2018.
KPKM usaha pastikan bekalan beras sentiasa ada di pasaran
Mohamad berkata ketika ini bekalan beras putih tempatan adalah sebanyak 56 peratus, dan dijangka mencukupi.