awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mata ganjaran akan luput? Berhati-hati penipuan sasar pengguna Maxis

Amanz
Amanz
12/04/2024
07:04 MYT
Mata ganjaran akan luput? Berhati-hati penipuan sasar pengguna Maxis
Untuk makluman, pautan yang dihantar berkenaan adalah bukan daripada pihak Maxis, tetapi merupakan pautan hasad, yang mungkin membawa kepada kecurian data atau kewangan. -Gambar hiasan
KEBELAKANGAN ini, terdapat beberapa mesej yang menyasarkan kepada sejumlah pengguna perkhidmatan telekomunikasi Maxis, dengan menipu mengatakan mata ganjaran terkumpul anda untuk Maxis akan luput dan perlu membuka sebuah pautan khusus dalam mengekalkan mata ganjaran berkenaan.
Untuk makluman, pautan yang dihantar berkenaan adalah bukan daripada pihak Maxis, tetapi merupakan pautan hasad, yang mungkin membawa kepada kecurian data atau kewangan.
Malah, pautan web berkenaan juga cuba meniru beberapa penjenamaan Maxis dalam cuba menipu pelanggan.
Maxis sendiri menasihatkan pengguna untuk tidak membuka sebarang pautan yang dihantar melalui perkhidmatan permesejan.
Sebelum ini, kerajaan telah menghalang penghantaran SMS yang mengandungi pautan dalam mengurangkan kadar penipuan yang berlaku pada era digital kini.
Namun, beberapa pihak tidak bertanggungjawab kini menggunakan kaedah RCS dalam menghantar mesej bersama pautan kepada pengguna.
Seperti biasa, sentiasa amalkan langkah berhati-hati, dan jangan membuka sebarang pautan yang dihantar oleh pihak dikenali dalam usaha mengelakkan menjadi mangsa penipuan digital. -Amanz
Topic Berkaitan
#Maxis
#mata ganjaran terkumpul akan luput
#mesej hasad
#pautan khusus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan