awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Coach Cerai': Pasangan Islam perlu rujuk pihak autoriti agama dalam isu cerai - Marhamah
PRK Kinabatangan, Lamag: 93 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab - SPR
[KOLUMNIS] Amanat KSN 2026: Kepimpinan yang bergerak pantas, berakar pada amanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mata pelajaran Perlembagaan, Sejarah Malaysia wajib dalam kurikulum universiti mulai tahun ini - PM Anwar

Bernama
Bernama
20/01/2026
07:30 MYT
Mata pelajaran Perlembagaan, Sejarah Malaysia wajib dalam kurikulum universiti mulai tahun ini - PM Anwar
Anwar (foto) ketika berucap pada majlis pelancaran Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 hari ini. -Foto Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: Mata pelajaran umum yang merangkumi isu Perlembagaan dan sejarah Malaysia akan dimasukkan ke dalam kurikulum semua universiti awam serta swasta mulai tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ringkasan AI
  • Mata pelajaran Perlembagaan dan Sejarah Malaysia akan dimasukkan ke dalam kurikulum universiti awam dan swasta mulai tahun ini, diajar sepenuhnya dalam Bahasa Melayu dan wajib kepada pelajar Malaysia di institusi pengajian tinggi.
  • Langkah ini bertujuan memastikan setiap pelajar memiliki kefahaman asas tentang sejarah negara dan Perlembagaan Persekutuan tanpa memberatkan mereka dalam bidang pengajian yang berbeza.
  • Anwar juga mengumumkan penambahan 5,000 tempat penginapan untuk mahasiswa bermula tahun ini, dengan GLIC diminta mengambil peranan dalam membangunkan kemudahan penginapan mahasiswa bagi mengatasi masalah tempat penginapan yang sukar dicari.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Beliau berkata mata pelajaran terbabit yang telah melalui proses rombakan semula akan diajar sepenuhnya dalam Bahasa Melayu dan diwajibkan kepada semua pelajar Malaysia di institusi pengajian tinggi.
"Di peringkat pendidikan tinggi, kita tidak wajibkan Bahasa Melayu dan Sejarah tetapi mulai tahun ini, kita akan perkenalkan mata pelajaran umum yang telah dirombak semula dan diajar dalam Bahasa Melayu di seluruh universiti awam dan swasta bagi pelajar Malaysia iaitu Perlembagaan dan Sejarah Malaysia serta dimasukkan dalam kurikulum," katanya.
Anwar berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 di sini hari ini.
Perdana Menteri berkata langkah itu penting bagi memastikan setiap pelajar memiliki asas kefahaman tentang sejarah negara dan struktur Perlembagaan Persekutuan meskipun mereka mengikuti bidang pengajian yang berbeza.
"Biar tidak terlalu menekan kerana kita tidak mahu membebankan anak-anak dalam pelbagai bidang dan disiplin yang memerlukan tumpuan yang lebih... tapi saya tidak fikir wajar bagi anak Malaysia tidak faham Perlembagaan negara... anak Malaysia yang langsung tidak mengerti sejarah negara... tidak munasabah.
"Kalau mahu selamatkan negara ini, biar semua anak kita menguasai pengetahuan asas tentang Perlembagaan dan Sejarah," katanya.
Dalam perkembangan lain, Anwar berkata sebanyak 5,000 tempat penginapan tambahan disediakan kepada mahasiswa bermula tahun ini.
"Mahasiswa terus mengeluh kerana tempat penginapan sukar dicari... kalau ada di sekitar dan pinggir kota, terlalu mahal," katanya.
Berikutan itu, Perdana Menteri berkata kerajaan telah mengarahkan semua syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) untuk mengambil peranan membangunkan kemudahan penginapan mahasiswa kerana pemberian tanggungjawab tersebut kepada syarikat swasta mungkin menimbulkan kontroversi.
Beliau berkata syarikat kerajaan akan bekerjasama secara langsung dengan pihak universiti bagi membangunkan kawasan dan menyediakan kemudahan penginapan yang diberi keutamaan kepada mahasiswa.
"Saya telah mengatakan dari awal, dan mudah-mudahan tahun ini kita mulakan di universiti-universiti tertentu dengan sasaran menyediakan 5,000 tempat penginapan tambahan kepada mahasiswa," katanya.
RPN 2026-2035 merupakan rancangan strategik pendidikan nasional yang merangkumi keseluruhan ekosistem pendidikan negara daripada peringkat sekolah hingga pendidikan tinggi.
Pelan pendidikan baharu itu melibatkan dua kementerian iaitu Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Turut hadir kedua-dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.
Hadir sama Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah mata pelajaran umum yang akan dimasukkan ke dalam kurikulum universiti awam dan swasta mulai tahun ini? A: Perlembagaan dan Sejarah Malaysia.
  • Q: Mengapakah mata pelajaran Perlembagaan dan Sejarah Malaysia diwajibkan kepada semua pelajar Malaysia di institusi pengajian tinggi? A: Untuk memastikan setiap pelajar memiliki asas kefahaman tentang sejarah negara dan struktur Perlembagaan Persekutuan.
  • Q: Berapakah jumlah tempat penginapan tambahan yang akan disediakan kepada mahasiswa bermula tahun ini? A: Sebanyak 5,000 tempat penginapan tambahan.
  • Q: Siapakah yang diberi tanggungjawab untuk mengambil peranan membangunkan kemudahan penginapan mahasiswa? A: Semua syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) atas arahan kerajaan.
  • Q: Apakah tujuan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035? A: Merangkumi keseluruhan ekosistem pendidikan negara daripada peringkat sekolah hingga pendidikan tinggi.

Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Institusi Pengajian Tinggi
#Perlembagaan dan Sejarah Malaysia
#kurikulum universiti awam dan swasta
#Rancangan Pendidikan Negara RPN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan