awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maulidur Rasul: PLUS jangka 1.9 juta kenderaan sehari hujung minggu ini

Bernama
Bernama
05/10/2022
11:29 MYT
Maulidur Rasul: PLUS jangka 1.9 juta kenderaan sehari hujung minggu ini
Kira-kira 1.9 juta kenderaan dijangka menggunakan lebuh raya kendaliannya setiap hari bermula Jumaat ini hingga Isnin. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menasihatkan pengguna jalan raya supaya merancang perjalanan berikutan kira-kira 1.9 juta kenderaan dijangka menggunakan lebuh raya kendaliannya setiap hari bermula Jumaat ini hingga Isnin berikutan cuti sambutan Maulidur Rasul.
Ketua Kecemerlangan Operasi PLUS Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata sejak beralih ke fasa peralihan ke endemik, PLUS telah merekodkan jumlah trafik harian sepertimana tempoh prapandemik iaitu purata 1.7 juta kenderaan setiap hari pada hari biasa dan pada masa ini, trend menunjukkan lonjakan 1.9 juta kenderaan pada hujung minggu dan menjangkakan ia berterusan ketika hujung ini dan cuti sambutan Maulidur Rasul.
"Kami jangkakan banyak pengguna jalan raya akan mengambil kesempatan cuti hujung minggu selama tiga hari, trafik akan meningkat dan dijangka banyak perjalanan yang jauh. Oleh itu, kami menasihatkan pelanggan membuat persediaan dan memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan baik.
"Sebelum memasuki lebuh raya, sebaiknya tambah nilai kad Touch 'n Go anda dan pastikan e-Wallet (bagi mereka yang menggunakan Identifikasi Frekuensi Radio) mempunyai baki yang mencukupi untuk mengelak kesulitan ketika keluar di plaza tol," katanya dalam kenyataan hari ini.
Untuk merancang perjalanan dan mendapatkan maklumat trafik terkini, pelanggan lebuh raya boleh melayari laman web www.plus.com.my selain Facebook dan Twitter @PLUSTrafik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maulidur Rasul
#PLUS
#Lebuhraya Utara Selatan
#kenderaan
#Mohd Yusuf Abdul Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan