Maut akibat bom ikan, tragedi luar biasa - Salahuddin

Harits Asyraf Hasnan
Julai 8, 2019 08:15 MYT
SALAHUDDIN: Kita tunggu laporan rasmi daripada pihak polis.
Aktiviti bom ikan yang meragut tiga nyawa pada Jumaat lalu merupakan kejadian luar biasa di negara ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub.
Kenyataan Salahuddin itu sekali gus menafikan dakwaan sesetengah pihak termasuk jurulatih selam yang mendakwa aktiviti mudah meraih untung itu telah berleluasa di Sabah.
“Ia luar biasa masa kini, tapi masih berlaku. Seperti saya katakan, kita tunggu laporan rasmi daripada pihak polis,” katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.
BACA: Tiga maut dipercayai terkena bom ikan semasa aktiviti menyelam
VIDEO: Tiga ditahan terlibat aktiviti bom ikan
BACA: Perlu hukuman berat bagi nelayan guna bom ikan - Shafie
Pada Sabtu, polis Sabah mengesyaki kematian tiga individu termasuk dua pelancong China di Pulau Kulapuan, Semporna disebabkan terkena bom ikan.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata pihaknya masih menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan termasuk menahan dua individu bagi membantu siasatan.
#aktiviti bom ikan #maut akibat bom ikan #menteri pertanian dan asas tani #penyelam maut #Salahuddin Ayub #tragedi luar biasa