awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maut dirempuh kereta ketika berarak sambut Thaipusam

Astro Awani
Astro Awani
23/01/2016
03:30 MYT
Maut dirempuh kereta ketika berarak sambut Thaipusam
Pihak berkuasa kelihatan sedang mengawal keadaan sejurus selepas sebuah kereta merempuh enam orang yang sedang berarak ke Batu Caves dari Senawang sempena Thaipusam esok. - Facebook
Tiga penganut Hindu yang berarak ke Batu Caves dari Senawang, maut dirempuh sebuah kereta di Lebuhraya Seremban-Kuala Lumpur berhampiran Seri Petaling, hari ini.
Kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu dikatakan turut menyebabkan tiga lagi yang mengikuti rombongan berarak secara berjalan itu cedera parah.
Kereta BMW yang merempuh keenam-enam mangsa, yang dipercayai dipandu seorang lelaki, meninggalkan tempat kejadian sejurus kemalangan itu.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. Mangsa yang cedera dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk dirawat.
Keadaan sejurus selepas sebuah kereta BMW merempuh enam orang yang sedang berarak ke Batu Caves pagi tadi. - fotoBERNAMA
Keadaan sejurus selepas sebuah kereta BMW merempuh enam orang yang sedang berarak ke Batu Caves pagi tadi. - fotoBERNAMA
Topic Berkaitan
#Batu Caves
#kemalangan maut
#Lebuhraya Seremban-Kuala Lumpur
#Senawang
#Thaipusam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan