KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) mencatat kutipan caj perkhidmatan pengawalseliaan (RSC) berjumlah kira-kira RM112 juta dalam tempoh lima tahun sejak 2018.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata RSC sebanyak RM1 dikenakan ke atas setiap penumpang yang berlepas dengan pesawat udara dari mana-mana aerodrom di dalam Malaysia, seperti yang diwartakan dalam Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Caj Perkhidmatan Pengawalseliaan) 2018.
"Jumlah hasil kutipan itu adalah berdasarkan Penyata Kewangan 2018-2021 yang telah diaudit Jabatan Audit Negara dan bagi tahun 2022 yang belum diaudit.
"Jumlah kutipan tahunan, pada tahun 2018 sebanyak RM24.7 juta; 2019 (RM46.7 juta); 2020 (RM11.4 juta), 2021 (RM5.11 juta) dan sebanyak RM24.2 juta tahun lalu....Kutipan rendah 2020 dan 2021 adalah impak dari Perintah Kawalan Pergerakan dan COVID-19," katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Rita Sarimah Patrick Insol yang meminta kementerian menyatakan jumlah hasil kutipan Mavcom bermula 2018 dan bagaimanakah hasil itu digunakan, dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Negara hari ini.
Loke berkata pengecualian kutipan RSC diberikan kepada penumpang dalam transit terus, kru pesawat, bayi di bawah umur dua tahun, penumpang perkhidmatan udara luar bandar serta ketua negara, menteri dan orang kenamaan yang melawat Malaysia dalam tugas rasmi mereka sebagai tetamu kerajaan.
Katanya kutipan RSC membolehkan Mavcom menjana pendapatan sendiri untuk menampung perbelanjaan tahunan tanpa membebankan kewangan kerajaan, memandangkan ia tidak menerima dana, geran perbelanjaan atau peruntukan tahunan daripada kerajaan untuk membiayai kos operasi.
"Kutipan RSC ini digunakan antaranya untuk kempen kesedaran pengguna mengenai hak-hak perjalanan udara, pelaksanaan Rangka Kerja Kualiti Perkhidmatan di lapangan terbang serta pembangunan rangka kerja jangka panjang bagi pengawalseliaan semua caj perkhidmatan penerbangan yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Caj Perkhidmatan Penerbangan) 2016 Mavcom.
"Juga digunakan untuk pembangunan sistem AeroFile, sebuah sistem pemfailan automatik bagi semua permohonan permit pendaratan untuk penerbangan komersial yang beroperasi ke atau dari Malaysia untuk memudah cara proses permohonan bagi syarikat penerbangan asing dan tempatan," katanya.
Loke menambah dana kutipan RSC turut digunakan bagi pelancaran sistem AeroLicence, platform e- pelesenan bagi mentransformasi dan mempercepatkan semua proses pelesenan secara berperingkat demi manfaat pemain industri.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 03 2023
Loke berkata, kutipan RSC membolehkan Mavcom menjana pendapatan sendiri untuk menampung perbelanjaan tahunan tanpa membebankan kewangan kerajaan. - Gambar fail
Puluhan kakitangan berhimpun di Universiti Stanford
Universiti Standford, California antara puluhan institusi yang menyertai protes menggesa menghentikan pembunuhan beramai-ramai terhadap Gaza akibat serangan Israel.
Polis masuk Universiti Columbia, tahan beberapa individu
Pada Selasa, pelajar Universiti Colombia berikrar meneruskan siri protes di kampus sebagai solidariti menyokong Palestin, sekali gus melawan usaha pihak universiti untuk menghentikan mereka.
Tempat kediaman tertinggi dunia akan dibina di Dubai
Ia akan memintas menara Central Park Tower di New York yang berketinggian 472 meter.
PM ingatkan tidak buat tohmahan, fitnah sesuka hati
Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengingatkan pihak-pihak ini untuk tidak menyebarkan kenyataan yang tidak berasas.
AWANI Ringkas: Gaji dan elaun penjawat awam lebih RM2,000
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Laporan Bank Dunia: Puad cabar Fadhlina bermalam di rumah panjang, rasai kesukaran belajar di pedalaman
Puad Zakarshi mencabar Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk bermalam di rumah panjang bagi merasai sendiri kepayahan pelajar untuk mendapatkan pendidikan
Operasi darat Israel di Rafah akan cetus bencana kemanusiaan - WHO
Netanyahu berikrar pada Selasa, untuk menyerang Rafah, walaupun terdapat laporan kemungkinan perjanjian gencatan senjata dengan Hamas.
MoT pantau rapi situasi letusan Gunung Ruang - Loke
Setakat ini letusan gunung berapi berkenaan telah menjejaskan sedikit ruang udara di Tawau, Sabah menyebabkan beberapa penerbangan ke daerah itu terpaksa dilencongkan.
SPRM Kelantan tahan pegawai kanan KADA buat tuntutan palsu
Lelaki berusia 40-an itu ditahan pada 9.30 malam tadi selepas dipanggil ke pejabat SPRM untuk diambil keterangan.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines sambung semula beberapa penerbangan ke Sabah, Labuan
Penerbangan yang terlibat ialah MH2660D (KUL-TWU) yang pada awalnya MH2660, serta MH2661D (TWU-KUL), pada mulanya MH2661.
Mavcom umum pindaan kadar PSC berkuat kuasa 1 Jun 2024
Mavcom menjelaskan tiket yang dikeluarkan sebelum 1 Jun 2024 tidak akan tertakluk kepada kadar baharu itu, walaupun tarikh perjalanan berlaku pada atau selepas tarikh itu.
Mavcom gantung lesen perkhidmatan udara MyAirline
Penggantungan itu akan menjaga kepentingan penumpang dan pekerja yang terjejas akibat penggantungan operasi MYAirline.
Mavcom terima 1,251 aduan pada separuh pertama 2022
AirAsia menerima jumlah aduan tertinggi dari Januari hingga Jun 2022 iaitu sebanyak 42.1 peratus (527) daripada jumlah keseluruhan aduan.
MAVCOM perlu teliti isu kelewatan penerbangan dengan serius - Ka Siong
Kerajaan boleh berkompromi jika penerbangan itu langsung tidak boleh dielakkan atas sebab cuaca, tetapi bukan kerana kejuruteraan atau penyenggaraan.
AirAsia tidak kompeten? Ini saranan Alexander...
Alexander Nanta Linggi berkata, kementerian akan terus menjalankan siasatan dengan mengambil kira sisi kepentingan pengguna.
Kekerapan penerbangan ke Sarawak ditingkatkan bermula 1 November
Syarikat penerbangan utama negara telah dimaklumkan oleh MAVCOM mengenai kelulusan kekerapan penerbangan baharu itu.
Saripuddin Kasim dilantik Pengerusi Eksekutif MAVCOM baharu
MAVCOM juga mengesahkan Dr. Nungsari Ahmad Radhi telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif MAVCOM pada 10 April 2020.
MATTA desak syarikat penerbangan bayar pampasan tunai, MAVCOM kata industri perlukan masa
Disebabkan kekecohan yang timbul susulan kenyataan yang dibuat oleh MATTA pada pagi 8 April, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) tampil untuk menyangkal hujahan yang dibawa oleh persatuan itu.
Mavcom boleh beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan lagi - Loke
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) masih boleh beroperasi secara berasingan bagi tempoh sekurang-kurangnya enam bulan lagi sebelum penggabungannya dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysi
20 juta penumpang bakal menikmati PSC lebih rendah - Mavcom
Lapangan terbang yang dijangka mengenakan caj PSC lebih rendah antaranya Langkawi, Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Kuching, Miri dan Sibu.