awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat bayi disembunyi bapa lebih setahun dalam peti sejuk

Sinar Harian
Sinar Harian
09/03/2022
23:50 MYT
Mayat bayi disembunyi bapa lebih setahun dalam peti sejuk
Anggota penyelamat memeriksa mayat bayi yang ditemui dalam peti sejuk beku di perkampungan Wa Ket, Muang, Chiang Mai. -Agensi
CHIANG MAI: Mayat bayi baru lahir ditemui di dalam peti sejuk beku yang dipercayai disembunyikan bapanya di sebuah rumah selama lebih setahun, lapor Bangkok Post.
Menurut Komander Polis Chiang Mai, Thawatchai Pongwiwatchai, mayat bayi yang dibalut dengan tuala kuning ditemui pekerja yang diupah mengubah suai sebuah rumah di perkampungan Wa Ket di daerah Muang di sini.
Katanya, bayi yang mati selepas dilahirkan itu adalah milik pasangan kekasih yang dahulunya tinggal di rumah tersebut yang tidak dapat mengebumikan bayi itu selepas ibunya ditangkap atas dakwaan mencuri.
Sebelum ibu bayi yang dikenali sebagai Uew berusia 24 tahun dihantar ke penjara, pemilik asal rumah itu berpindah semula ke rumahnya dan apabila pekerja pengubah suaian membuka peti ais tersebut, dia menemui mayat bayi dibungkus dan diletakkan mainan bersamanya.
Tambahnya, pegawai polis dan pasukan penyelamat bergegas pergi ke rumah tersebut dan mendapati mayat bayi itu telah meninggal dunia lebih setahun lalu. - Agensi
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mayat bayi baru lahir
#peti sejuk beku
#Thawatchai Pongwiwatchai
#pasangan kekasih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan