awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat bergelang merah jambu ditemui terapung

Sinar Harian
Sinar Harian
24/03/2022
22:30 MYT
Mayat bergelang merah jambu ditemui terapung
Mangsa disyaki mengalami tekanan akibat jangkitan COVID-19 yang dihadapinya. -Gambar hiasan
TELUK INTAN: Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di Sungai Perak berhampiran Dataran Udang Galah di sini pada Khamis.
Mangsa berusia 54 tahun dipercayai masih dalam kuarantin selepas disahkan positif COVID-19 itu ditemui orang awam kira-kira jam 3.30 petang.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, pemeriksaan lanjut pada mangsa yang memakai baju berwarna hitam dan berseluar pendek itu tidak menemukan sebarang kesan luka luaran.
"Namun, pergelangan tangan kiri mangsa terdapat gelang plastik berwarna merah jambu milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan tarikh kuarantin bermula 18 hingga 24 Mac.
"Mangsa yang masih bujang tinggal sendirian di rumahnya di Jalan Woo Saik Hong di sini.
"Kali terakhir dihubungi ahli keluarganya pada Selasa lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Menurutnya, mangsa disyaki mengalami tekanan akibat jangkitan COVID-19 yang dihadapinya.
"Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Teluk Intan dan bedah siasat akan dijalankan selepas menjalani ujian saringan COVID-19 bagi mengetahui punca kematian.
"Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian

Mereka yang memerlukan sokongan boleh menghubungi befrienders.org.my/centre-in-malaysia atau hubungi talian hotline Befrienders (03-7627 2929); Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (03-2935 9935 atau 014-322 3392); Talian Kasih (15999) dan Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (03-77825499)
Topic Berkaitan
#Ahmad Adnan Basri
#mayat terapung
#sungai perak
#Gelang merah jambu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan