awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat budak lelaki ditemukan dipercayai dibaham buaya

Sinar Harian
Sinar Harian
14/07/2022
22:30 MYT
Mayat budak lelaki ditemukan dipercayai dibaham buaya
Mangsa berusia lapan tahun ditemukan dalam keadaan anggota badannya tidak sempurna sejauh kira-kira 3.5 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang. -Foto Sinar Harian
KINABATANGAN: Kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang di sungai pada Selasa lalu ditemukan meninggal dunia dipercayai akibat dibaham buaya di Kampung Batu Putih, di sini, pada Khamis.
Mangsa berusia lapan tahun ditemukan pada jam 1.50 petang dalam keadaan anggota badannya tidak sempurna kira-kira 3.5 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ketiga dimulakan pada jam 7.40 pagi.
"Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan separuh badannya tiada iaitu kedua belah tangan, kaki kiri dan kepala berkemungkinan dibaham buaya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Katanya lagi, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
"Operasi SAR kemudian ditamatkan pada jam 2.05 petang," katanya.
Sinar Harian pada Selasa lalu melaporkan mangsa dikhuatiri lemas selepas mandi di sungai berkenaan. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#dibaham buaya
#Kampung Batu Putih
#Nurul Azlan Shah Jamalludin
#budak lapan tahun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan