Skip to main content

Malaysia

Mayat dalam beg pakaian di Sungai Perak disahkan wanita, dibunuh - Polis

KUALA KANGSAR, 14 Ogos -- Satu mayat ditemukan di dalam beg pakaian di sungai berhampiran Jeti Dataran Lembah, dekat Kuala Kangsar, petang tadi._BERNAMA
Satu mayat dalam beg pakaian ditemukan di dalam sungai di Jeti Dataran Lembah dekat Kuala Kangsar petang semalam. --fotoBERNAMA
Advertisement

IPOH: Polis mengesahkan mayat yang ditemukan di dalam beg pakaian di Sungai Perak berhampiran jeti Lembah Kuala Kangsar petang semalam, merupakan seorang wanita.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Heisham Harun berkata hasil siasatan awal di lokasi kejadian mendapati mangsa berusia lingkungan 30-an, namun identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki tempatan kira-kira 3.12 petang, memaklumkan telah menjumpai mayat di dalam Sungai Perak berhampiran jeti berkenaan.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan dihantar ke Hospital Taiping untuk tindakan selanjutnya.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan. 

Dalam pada itu, Heisham menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menimbulkan provokasi berkaitan kejadian tersebut.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu, diminta untuk  tampil membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar menerusi talian 05-776 2222 atau mana-mana balai poli berhampiran.

-- BERNAMA

 

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement