awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat dibalut langsir: Bunuh bapa kerana sering dimarah

Sinar Harian
Sinar Harian
29/08/2023
07:39 MYT
Mayat dibalut langsir: Bunuh bapa kerana sering dimarah
Mohamad Fakhrudin menunjukkan senjata yang digunakan oleh suspek. - Foto Sinar Harian
PETALING JAYA: Tidak puas hati kerana seringkali dimarahi dan dihina disyaki antara motif sorang lelaki membunuh bapanya, sebelum mayatnya dibalut dengan menggunakan langsir dan dibuang di tepi jalan di hadapan sebuah kondominium di Sungai Way, di sini, pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mangsa berusia 70-an itu selalu memberi tekanan terhadap suspek yang malas bekerja.
"Mangsa juga sering menegur suspek yang gemar minum air beralkohol," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini, pada Selasa.
Mohamad Fakhrudin berkata, dalam kejadian 12.30 tengah malam itu, suspek berusia 40-an itu disyaki mabuk telah bertindak memukul bapanya dengan menggunakan penyodok pasir sehingga menyebabkan kematian.
"Kita telah menerima maklumat daripada saudara mangsa bahawa telah menjumpai mayat lelaki warga emas itu di lokasi kejadian pada jam 2.15 pagi Sabtu," katanya.
Beliau berkata, bertindak atas maklumat dan risikan, sepasukan anggota polis dari IPD Petaling Jaya telah menahan suspek di Bandar Sunway, di sini, pada jam 9.10 pagi, hari sama.
'Semakan lanjut mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah berkaitan kes pecah amanah dan memiliki senjata berbahaya," katanya.
Mohamad Fakhrudin berkata, polis turut merampas penyodok pasir dan sebuah kereta Perodua Kelisa yang disyaki digunakan suspek untuk membawa mangsa dan dibuang di tepi jalan.
"Suspek telah direman tujuh hari bermula Ahad hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut boleh menghubungi balai polis berhampiran atau Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222," katanya.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian

Topic Berkaitan
#bunuh bapa
#Ketua Polis Daerah Petaling Jaya
#kondomonium Sungai Way
#sering dimarahi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan