awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat didakwa wanita kes rogol, sebenarnya seorang lelaki - Polis

Bernama
Bernama
19/08/2014
09:31 MYT
Mayat didakwa wanita kes rogol, sebenarnya seorang lelaki - Polis
Mayat yang sudah berbau busuk sebenarnya adalah mayat seorang lelaki berumur 45 tahun - Gambar Hiasan
Polis Labuan hari ini meminta dihentikan penyebaran maklumat palsu menerusi media sosial kononnya mayat seorang wanita dirogol ditemui di belakang sebuah rumah kongsi di tapak pembinaan di sini, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Labuan DSP Douglas Nyeging Taong berkata mayat yang sudah berbau busuk sebenarnya adalah mayat seorang lelaki berumur 45 tahun.
"Mangsa adalah seorang lelaki dan bukannya wanita yang dirogol, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Douglas berkata lelaki itu, Omar Balahudin, adalah buruh kasar dan dilaporkan tidak pulang ke rumahnya sejak empat hari lepas setelah keluar untuk mengubati penyakit lelahnya.
Beliau berkata pihak yang menyebarkan maklumat palsu itu melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan facebook akan dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Mereka juga boleh didakwa mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang jika sabit kesalahan, boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.
Topic Berkaitan
#bunuh
#jenayah
#mayat
#polis
#Sibu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan