awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat dikerat jari kaki: Polis mohon bantuan orang ramai

Hilmi Malik
Hilmi Malik
16/01/2019
13:28 MYT
Mayat dikerat jari kaki: Polis mohon bantuan orang ramai
Mazlan (tengah) ketika sidang media selepas menjalankan program High Profile Policing di Setapak Central, hari ini. - Astro AWANI/Hilmi Malik
Polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes penemuan dua mayat yang ditemui dalam keadaan jari kaki dikerat untuk tampil membantu siasatan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya berharap ada individu yang boleh tampil menyalurkan maklumat berhubung dua mayat yang ditemui di lokasi berlainan.
"Kita minta orang ramai yang ada maklumat untuk tampil bantu pihak polis. Tempat kejadian itu ramai orang lalu, dan kita akan pantau juga rakaman CCTV (kamera litar tertutup)," katanya pada sidang media selepas menghadiri program High Profile Policing di pusat beli-belah Setapak Central pada Rabu.
Kedua-dua mayat warga Bangladesh itu masing-masing ditemui di bawah jambatan Jalan Yew, Kuala Lumpur dan di dalam longkang di Jalan Ulu Yam, Gombak, Selangor.
Tambahnya, pihaknya juga sedang bekerjasama bersama polis Selangor.
Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Tambah Mazlan, setakat ini polis telah mengambil keterangan beberapa individu termasuk teman wanita dan juga bekas majikan mangsa. Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan laporan itu secara terperinci.
Ahad lalu, dua mayat lelaki dipercayai warga asing ditemui dalam keadaan jari kaki dikerat serta kecederaan pada bahagian muka dan badan.
Siasatan awal polis mendapati kedua-dua mangsa dibunuh di lokasi lain sebelum mayat dicampak di kawasan berkenaan.
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#jumpa mayat
#kes bunuh
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan