awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat hampir seminggu dalam danau ditemui

Sinar Harian
Sinar Harian
22/06/2021
22:17 MYT
Mayat hampir seminggu dalam danau ditemui
Anggota bomba mengangkat mayat yang ditemui dalam danau di Tasik Tanjung Labuh, Batu Pahat pada Selasa. -Sinar Harian
BATU PAHAT: Mayat seorang lelaki dipercayai sudah seminggu berada dalam danau di Tasik Tanjung Labuh di sini ditemui pada Selasa.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat, Pegawai Bomba Kanan II L Kumar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan untuk mengangkat mayat berkenaan pada jam 5.52 petang.
Menurutnya, seramai 10 anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.
"Mayat mangsa berusia dalam lingkungan 40-an dipercayai hampir seminggu berada dalam danau sedalam enam kaki.
"Operasi menarik mayat tersebut dengan menggunakan 'grappling iron' untuk dibawa ke darat," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Artikel asal di Sinar Harian: Mayat hampir seminggu dalam danau ditemui
Topic Berkaitan
#Tasik Tanjung Labuh
#mayat dalam danau
#EMRS
#Balai Bomba dan Penyelamat
#BBP
#FRT
#grappling iron
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan