Skip to main content

Malaysia

Rakyat Malaysia di Arab Saudi diminta kekal tenang, patuhi arahan pihak berkuasa

Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya mengelakkan daripada berada di kawasan berisiko tinggi dan tidak mengambil dan menyebarkan gambar atau video berkaitan insiden keselamatan. - Gambar fail
Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya mengelakkan daripada berada di kawasan berisiko tinggi dan tidak mengambil dan menyebarkan gambar atau video berkaitan insiden keselamatan. - Gambar fail

Advertisement

KUALA LUMPUR: Kedutaan Besar Malaysia (KBM) di Riyadh menasihatkan rakyat Malaysia di Arab Saudi supaya kekal tenang serta mematuhi arahan pihak berkuasa yang dikeluarkan melalui saluran rasmi susulan perkembangan semasa di negara Teluk itu.

“Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya mengelakkan daripada berada di kawasan berisiko tinggi dan tidak mengambil dan menyebarkan sebarang gambar atau video berkaitan insiden keselamatan semasa yang boleh menimbulkan panik atau mengganggu operasi pihak berkuasa,” menurut KBM Riyadh dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Jumaat.

Rakyat Malaysia juga dinasihatkan untuk merancang perjalanan sebaiknya dan menyemak status penerbangan secara langsung dengan syarikat penerbangan dan pihak lapangan terbang sebelum melakukan perjalanan.

“⁠KBM Riyadh sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa Arab Saudi dan akan memaklumkan sebarang perkembangan penting yang memerlukan perhatian rakyat Malaysia melalui saluran rasmi,” menurut kenyataan itu.

Ia turut menasihatkan rakyat Malaysia yang menetap atau sedang berada di Arab Saudi untuk mendaftar dan mengemas kini maklumat keberadaan mereka bagi memudahkan sebarang penyaluran maklumat dan bantuan konsular sekiranya diperlukan.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular kecemasan boleh menghubungi talian hotline KBM Riyadh melalui telefon: +966 56 300 6319 (kecemasan sahaja) dan emel: [email protected].

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement