TENOM: Mayat kanak-kanak lelaki yang dipercayai lemas ketika sedang cuba menyeberang Sungai Padas ke rumahnya di Kampung Kalandos, Pangi dijumpai pada petang Khamis.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Misran Bisara yang mengesahkan penemuan tersebut berkata mayat mangsa dijumpai di Sungai Padas berhampiran daerah Beaufort.
Melvin Junaidi, 12, dipercayai lemas selepas bot yang dinaikinya terbalik akibat arus deras.
Turut dilaporkan hilang adalah seorang lelaki Joseph Sayah, 55, yang masih belum ditemui.
"Untuk makluman, mangsa kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang telah dijumpai di kawasan sungai berhampiran daerah Beaufort sekitar jam 5 petang.
"Kita telah dibantu oleh Datuk Peter Anthony (ADUN Melalap) yang menaiki jet ski di kawasan itu dan membawa mangsa ke tepi sungai dan pihak bomba telah mengambil mangsa.
"Mayat mangsa kemudiaannya telah diserahkan kepada pihak Polis Daerah Tenom.
"Proses pengecaman telah dibuat keluarga mangsa dan mengesahkan mangsa adalah kanak-kanak yang dilaporkan hilang dalam kejadian di Sungai Padas," katanya melalui rakaman audio aplikasi WhatsApp kepada Astro AWANI pada Khamis.
Dalam kejadian pada Rabu, terdapat empat individu dilaporkan terbabit dalam kejadian bot karam berhampiran Kampung Kalandos, Pangi.
Bot tersebut karam ketika mangsa sedang menyeberangi Sungai Padas untuk pulang ke rumah.
Dua daripada mangsa iaitu lelaki warga emas dan wanita dewasa berjaya menyelamatkan diri manakala dua mangsa di bawa arus deras.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah diaktifkan pihak bomba bermula Rabu dan diteruskan pada Khamis.
Menurut Misran, operasi SAR tersebut akan diteruskan pada Jumaat bagi mengesan Joseph Sayah yang dipercayai masih hilang.
"Operasi pada hari ini ditamatkan pada jam 6 petang dan akan disambung pada jam 8 pagi esok," ujarnya.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Thu Sep 23 2021
Mayat kanak-kanak lelaki yang dipercayai lemas ketika sedang cuba menyeberang Sungai Padas ke rumahnya di Kampung Kalandos, Pangi dijumpai pada petang Khamis. - Foto JBPM
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Kes bunuh: Mayat kanak-kanak di Pantai Leman disahkan anak bongsu suspek
Polis sahkan mayat kanak-kanak dijumpai di Pantai Leman, semalam sebagai anak bongsu kepada suspek yang membunuh isteri dan anak perempuannya.
Mayat Lydia, kanak-kanak 4 tahun ditemui terdampar tepi laut
Mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun ditemukan terdampar di tepi laut Jalan Persisiran, di Tawau, hari ini.
Tanah runtuh Batang Kali: Mayat mangsa ke-24 tiba di Jabatan Forensik HSB
Mayat mangsa ke-24 yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali tiba di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh sebentar tadi.
Mayat kanak-kanak 12 tahun ditemukan disumbat dalam bagasi
Penduduk Paris dikejutkan dengan kes penemuan mayat seorang pelajar berusia 12 tahun di dalam sebuah kotak di hadapan sebuah pangsapuri.
Dua individu tinggal mayat kanak-kanak akibat kemalangan bukan pasangan suami isteri - Polis
Pasangan itu telah ditahan di rumah mereka di Felda Bukit Jalor pada pukul 4.30 pagi dan polis menemukan dadah dalam kenderaan yang dipandu lelaki berkenaan.
Kanak-kanak lemas ditemui 500 meter dari tempat kejadian
Mayat Muhammad Mikhaeil Muqmin Abdullah yang ditemui nelayan masih elok dan lengkap berpakaian.
Banjir: Mayat kanak-kanak ditemui di Bentong
Mangsa dikeluarkan dari timbunan kayu-kayu yang dihanyutkan arus dengan kaedah pemugaran dan pengalihan sisa-sisa kayu.
Mayat kanak-kanak lemas kejadian bot terbalik di Tenom ditemui
Mayat kanak-kanak lelaki yang dipercayai lemas ketika sedang cuba menyeberang Sungai Padas ke rumahnya di Kampung Kalandos, Pangi dijumpai pada petang Khamis.
Mayat anak perempuan anggota bomba ditemui di bawah runtuhan kondominium Miami
Mayat yang ditemui pasukan mencari dan menyelamat merupakan salah seorang daripada dua mangsa yang ditemui di bawah runtuhan bangunan itu.
Tragedi mandi di Pantai Sungai Ular: Mayat mangsa hilang ditemukan
Mayat kanak-kanak yang hilang semasa mandi di Pantai Sungai Ular di sini semalam, ditemukan kira-kira 12.45 tengah hari tadi.