PASIR MAS: Mangsa kedua kes lemas di Kampung Petai Dusun, Baroh Pial di Rantau Panjang, di sini, berjaya ditemukan pada 7 pagi tadi selepas dua hari operasi mencari dan menyelamat dilakukan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas Supt Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata mayat Nur Damia Qaisara Mohd Sabre, 11, ditemukan kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa bersama rakannya terjatuh.
"Mayat kanak-kanak itu ditemukan oleh orang awam dan telah dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk proses bedah siasat," katanya pada sidang media di Pondok Polis Repek di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan Nur Damia Qaisara bersama rakannya Siti Aisyah Mazi, 11, terjatuh ke dalam sungai sebelum dibawa arus pada Ahad lepas.
Jenazah Siti Aisyah ditemukan pada hari yang sama
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 26 2023
Mayat Nur Damia Qaisara Mohd Sabre, 11, ditemukan kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa bersama rakannya terjatuh. -Foto Sinar Harian
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
Mayat kanak-kanak mangsa kes lemas di Rantau Panjang ditemukan
Mayat Nur Damia Qaisara Mohd Sabre, 11, ditemukan kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa bersama rakannya terjatuh.
Kedalaman air hanya 1 inci dalam baldi, boleh buat anak lemas!
Kanak-kanak boleh lemas di dalam air walaupun kedalamannya hanya 1 inci atau kurang daripada 2.5 sentimeter. Ibu bapa kena tahu hal ini.