awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Didesak letak jawatan Pengerusi PN Melaka, ini jawapan Mas Ermieyati
[TERKINI] Politik Perlis: Speaker tarik balik pemakluman keperluan PRK, tiga DUN kekal kosong
Palestin usaha dapatkan bantuan antarabangsa untuk hapuskan bahan letupan di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat kanak-kanak reput, sudah dimakan haiwan ditemui di tebing sungai

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
04/12/2021
11:03 MYT
Mayat kanak-kanak reput, sudah dimakan haiwan ditemui di tebing sungai
Mayat seorang kanak-kanak yang dianggarkan berusia tiga tahun ditemui dalam keadaan reput dan berbau di Sungai Kampung Desa Makmur. - Foto ihsan bomba
JOHOR BAHRU: Mayat seorang kanak-kanak yang dianggarkan berusia tiga tahun ditemui dalam keadaan reput dan berbau di Sungai Kampung Desa Makmur berdekatan Jalan Anggerin Putih Majidee di sini, pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Shamsul Khomari Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 10.43 pagi tadi dari pihak polis bagi bantuan mengangkat mayat kanak-kanak terbabit.
Katanya mayat mangsa ditemui 1.5 meter dari tebing sungai terbabit.
"Kami tidak dapat mengenal pasti sama ada mayat kanak-kanak terbabit ialah warganegara atau bukan. Malah jantina juga tidak dapat dikenal pasti kerana mayat telah reput.
"Berdasarkan keadaan mayat kanak-kanak itu juga dipercayai sudah dimakan haiwan seperti biawak dan ikan. Belakang tengkorak sudah pecah, rambut dan otak juga telah tiada.
"Difahamkan, penemuan mayat dijumpai oleh penduduk kampung terbabit yang menyatakan terdapat bau sangat busuk di lokasi," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Menurut Shamsol Khomari, selepas mengangkat mayat, ianya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
"Namun, setakat minggu ini pihak kami tidak menerima laporan berhubung kejadian kanak-kanak hilang atau lemas di sungai," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#mayat kanak-kanak reput
#tebing sungai
#Jalan Anggerik Putih Majidee
#Kampung Desa Makmur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan