awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat kanak-kanak Orang Asli lemas di Sg Bidor dijumpai

Bernama
Bernama
14/09/2016
06:35 MYT
Mayat kanak-kanak Orang Asli lemas di Sg Bidor dijumpai
Dua mayat mangsa, Sherrel Kulop, 11, yang merupakan kakak kepada Sheetel dan sepupunya Norzehan Long Asing, 13, ditemukan lemas oleh anggota keluarga masing-masing pada Selasa. -Gambar fail
Mayat seorang kanak-kanak perempuan Orang Asli berumur 10 tahun yang dilaporkan hilang selepas terjatuh di Sungai Bidor ditemukan 7.20 pagi ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan, Zulkafli Abdullah berkata mayat Sheetel Kulop, 10, ditemui kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian oleh pasukan penyelamat.
"Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Menurutnya, pihak anggota penyelamat melakukan gerakan mencari dan menyelamat (SAR) dengan mencari di permukaan air sejak malam tadi dan menutup operasi SAR pada pukul 9.20 pagi ini.
Semalam, upacara keagamaan bagi 30 Orang Asli dari beberapa keluarga di Sungai Bidor, Batu 6 berhampiran ladang sawit Gloster dekat sini, bertukar tragedi apabila dua budak dan seorang remaja perempuan lemas.
Namun dua mayat mangsa, Sherrel Kulop, 11, yang merupakan kakak kepada Sheetel dan sepupunya Norzehan Long Asing, 13, ditemukan lemas oleh anggota keluarga masing-masing tidak jauh dari lokasi kejadian.
Difahamkan, ketiga-tiga mangsa tergelincir dari tebing sungai semasa sedang mandi dengan menggunakan gayung.
Topic Berkaitan
#kanak-kanak perempuan Orang Asli
#mati lemas
#Sheetel Kulop
#Sungai Bidor
#Zulkafli Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan