NATIONAL
Mayat kanak-kanak perempuan ditemukan terapung di Sungai Skudai

polis menyeru mana-mana pihak yang kehilangan anak atau ahli keluarga seusia mangsa supaya tampil membuat laporan. - Foto PDRM
JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan terapung di Sungai Skudai berhampiran belakang Sutera Mall, Johor Bahru, pada pagi Ahad lalu.
Ringkasan AI
- Polis mengesahkan penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia antara lima hingga tujuh tahun terapung di Sungai Skudai, Johor Bahru, pada pagi Ahad lalu.
- Identiti mangsa masih belum dikenal pasti, dan polis menyeru mana-mana pihak yang kehilangan anak atau ahli keluarga seusia mangsa supaya tampil membuat laporan.
- Pasukan bomba membantu mengangkat mayat, dengan operasi pemulihan selesai pada jam 11:44 pagi selepas kawasan disahkan selamat.
"Ketika ditemui, mangsa memakai gelang kaki pada kaki kiri dengan logo ‘LOVE’ dan tulisan ‘IV’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, identiti kanak-kanak itu masih belum dikenal pasti dan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian.
Polis menyeru mana-mana pihak yang kehilangan anak atau ahli keluarga seusia mangsa supaya segera tampil membuat laporan polis dan orang awam yang mempunyai maklumat diminta hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara di 07-5563122.
Sementara itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin turut digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 10:28 pagi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata pihaknya tiba di lokasi 10 minit kemudian dan mendapati terdapat mayat berada di dalam sungai.
"Pasukan Keluaran operasi (PKO) bertindak membantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengangkat mayat menggunakan unit pengusung sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Operasi yang disertai tujuh anggota dan satu jentera jenis FRT itu tamat sepenuhnya pada jam 11:44 pagi selepas kawasan disahkan selamat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami