ALOR SETAR: Mayat seorang lelaki warga emas yang dipercayai dibunuh ditemui dengan kesan tikaman pada leher di hadapan Sekolah Kebangsaan Suka Menanti di sini, pada Selasa.
Mayat mangsa yang dipercayai bisu itu ditemui jam 6 petang oleh orang awam.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata suspek utama iaitu lelaki berusia 30-an bagaimanapun berjaya ditahan selepas terbabit dalam kemalangan tidak jauh dari situ.
"Polis terdahulu menerima maklumat pada jam 4.30 petang berkaitan pergaduhan di kawasan Lebuh Raya Sultan Abdul Halim, dekat Simpang Kuala.
"Kita percaya mangsa sebelum itu menaiki motosikal dan motosikalnya kemudian ditinggalkan di tepi lebuh raya itu sebelum dia dibawa menaiki kereta oleh suspek.
"Tidak lama kemudian polis menerima maklumat penemuan satu mayat lelaki yang disyaki ada kaitan dengan pergaduhan itu," katanya di sini, pada Selasa.
Beliau berkata, pemeriksaan terhadap mayat itu menemui kesan kecederaan teruk pada leher yang dipercayai disebabkan oleh parang.
Katanya, polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan siasatan turut merangkumi motif serta sama ada mangsa diculik sebelum dibunuh.
Mengulas lanjut, beliau berkata, suspek terbabit dalam kemalangan sejurus meninggalkan mayat mangsa di kawasan sekolah berkenaan.
"Dia melanggar sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki di Taman Wira Mergong menyebabkan penunggang mengalami kecederaan serius. Dia kemudian ditahan orang awam.
"Siasatan polis kemudian mendapati dia mempunyai kaitan dengan penemuan mayat di hadapan sekolah itu. Suspek mempunyai rekod lampau babiit dadah dan ceroboh.
"Kita juga menemui sebilah parang dalam keretanya," katanya.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Feb 23 2021

Mayat mangsa yang dipercayai bisu itu ditemui jam 6 petang oleh orang awam. - Gambar/ Astro AWANI

Khairuddin tiada hak di sisi undang-undang minta Muhyiddin letak jawatan - AGC
Persoalan sama ada Perdana Menteri hilang keyakinan majoriti tidak ditentukan dalam mana-mana forum atau pihak berkuasa.

Perlu wujud sistem sokongan untuk memudahcara kehidupan wanita bekerjaya - Nor'Afiza Saim
Memandangkan wanita menggalas pelbagai tanggungjawab berbanding lelaki, perlu ada sistem sokongan supaya mereka dapat mencapai potensi sebenar di tempat kerja tanpa menggadaikan kebajikan keluarga, kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia, Nor'Afiza Saim.

Peranan lelaki bentuk wanita perkasa bermula di rumah
Besar tanggungjawab lelaki untuk membentuk budaya memartabat wanita dengan bermula dengan peranannya sebagai suami dan bapa dalam keluarga, kata

Peranan wanita dalam segala aspek perlu benar-benar difahami - Haniza Talha
Setiap anggota masyarakat dari kepimpinan tertinggi sehingga rakyat kebanyakan, baik lelaki dan wanita, perlu benar-benar memahami peranan wanita sebagai pengimbang kepada kesejahteraan dunia, kata ADUN Lembah Jaya, Haniza Talha.

Budaya tradisi yang menekan potensi wanita harus diubah
Sudah tiba masa sesetengah budaya temurun yang dilihat menekan wanita daripada berupaya mencapai potensi sebenar mereka perlu diubah, kata ADUN Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin.

10 Berita Pilihan - (08 Mac 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

AWANI Ringkas: Pertemuan PM-Raja Salman pada Selasa | Tiada kerjasama PRU15 antara dap dan UMNO

COVID-19: Thailand kurangkan tempoh kuarantin 7 hari bagi pelawat sudah divaksin
Namun, penguatkuasaan itu hanya diguna pakai bagi mereka yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19.

Mayat lelaki bisu ditikam pada leher ditemui di depan sekolah
Mayat mangsa yang dipercayai bisu itu ditemui jam 6 petang oleh orang awam.

Pastor OKU warga Korea Selatan didakwa cabul lelaki 20 tahun lepas
Jee Jong-hoon, 54 tahun, yang juga seorang orang kurang upaya (OKU) masalah pendengaran dan bisu mengaku tidak bersalah.

Paderi OKU warga Korea dituduh cabul dua lelaki OKU
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana ketiadaan jurubahasa Korea dan juru bahasa isyarat antarabangsa bagi membaca pertuduhan di hadapan Majistret M. Kalaiarasi.

Aktres Jerman pilihan Pengarah Hollywood James Wan
Penulis skrip dan pengarah filem kelahiran Sarawak James Wan mengumumkan perkahwinannya bersama aktres Jerman, Ingrid Bisu.

Curi iPad, lelaki bisu dipenjara setahun
Seorang lelaki bisu dihukum penjara setahun di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu kerana mencuri iPad

James Wan telah bertunang!
Pasangan ini telah bertunang kira-kira lima bulan lalu.

Remaja perempuan 'bisu' selepas dinoda 12 lelaki selama lapan jam
Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun, dilaporkan tidak boleh bercakap selepas menjadi mangsa noda sekumpulan 12 lelaki, selama lapan jam.

Warga pekak dan bisu perlukan pendedahan GST dalam bahasa isyarat
Sebahagian masyarakat khususnya golongan OKU mendakwa mereka masih tidak mengetahui dan memahami apakah sebenarnya GST.