SUBANG JAYA: Mayat seorang lelaki lengkap berpakaian ditemui di tepi jalan berhadapan deretan kedai Jalan SS 14/2, di sini pada malam Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, mangsa merupakan seorang lelaki dipercayai warga tempatan.
"Mangsa dipercayai berumur lingkungan 19 tahun.
"Hasil siasatan awal di tempat kejadian, mangsa mengalami kecederaan luka di bahagian belakang kepala dan beberapa kesan geseran di bahagian belakang badan mangsa," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Katanya, mayat mangsa kemudiannya dibedah siasat oleh bahagian Pathologi Hospital Shah Alam pada Jumaat.
"Hasil bedah siasat yang dijalankan menjelaskan sebab kematian mangsa adalah kecederaan di kepala akibat nahas jalan raya.
"Kes diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini untuk tampil memberi keterangan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Abdul Nasser Peping di talian (012-286 3875)," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Fri Jan 14 2022

Mayat seorang lelaki lengkap berpakaian ditemui di tepi jalan berhadapan deretan kedai Jalan SS 14/2, Subang Jaya pada malam Rabu lepas. - Gambar hiasan

Sukan SEA Hanoi: Penganjur janji majlis penutup paling diingati
Tran Ly Ly berkata, majlis penutup akan menjadi acara yang lebih selesa dan mesra, dengan moto 'Bersatu untuk bersinar'.

Kes baharu COVID-19 menurun 28.8 peratus minggu lepas - Dr Noor Hisham
Perkembangan itu menyaksikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini sebanyak 4,489,503 kes dengan 28,085 kes aktif.

6 tahanan Palestin larikan diri dari jel Israel dihukum penjara
Tindakan meloloskan diri dari penjara tahun lepas menyebabkan mereka diburu Israel dalam operasi besar-besaran.

Isteri terima kiriman mesej bukan-bukan, Caprice beri masa 24 jam untuk pengirim mohon maaf
Orang ramai boleh benci dirinya, tetapi jangan sesekali ganggu isteri dan anaknya, tegas Caprice.

AWANI Pagi: Bantuan kos operasi diperlukan demi penjagaan warga emas
Kekangan yang dihadapi rata-rata pusat penjagaan warga emas adalah kos operasi yang tidak mencukupi bagi melancarkan proses penjagaan mereka. Ikuti kisah Pusat Penjagaan Mahmudah Malaysia yang memerlukan bantuan dana demi menjaga warga emas yang terbiar.

AWANI Ringkas: KJ dilantik Naib Presiden WHA-75 | COVID-19: 2 kematian baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Inflasi makanan Malaysia dijangka dalam aliran meningkat - MIDF
Inflasi makanan Malaysia dijangka kekal dalam aliran meningkat pada bulan-bulan akan datang.

EPL: 23 gol masing-masing, Son dan Salah kongsi Kasut Emas
Son menjadi pemain Asia pertama memenangi anugerah tersebut, sementara ia merupakan anugerah yang ketiga bagi Salah.

Feri terbakar awal pagi, tujuh terbunuh
Feri Mercraft 2 membawa seramai 124 penumpang dari Pulau Polillo ke Real di wilayah Quezon di Pulau Luzon.

APMM tahan 15 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara
Kesemua mereka dipercayai warga Vietnam berusia 20 hingga 50 tahun didapati tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Lelaki warga emas ditemukan lemas di Sungai Kedah
Sebaik menerima laporan daripada orang awam pada jam 8.13 pagi sepasukan anggota dari BBP Jalan Raja dikejarkan ke lokasi.

Pendaki Gunung Suku hilang: Mayat kedua ditemui, operasi SAR tamat
Mangsa kedua ditemui di bawah timbunan lokasi sektor C, iaitu di kawasan terowong berdekatan jalan besar.

Selepas tiga hari, mayat pendaki maut di puncak Gunung Yong Belar berjaya dibawa turun
Mayat lelaki warga emas yang meninggal dunia ketika mengikuti aktiviti mendaki di puncak Gunung Yong Belar Selasa lalu, berjaya diturunkan.

Mayat lelaki ditemui terapung di Sungai Kelantan
Mayat lelaki itu ditemukan dalam keadaan terapung pada jarak 200 meter dari Pusat Operasi Sukarelawan Perikanan, Pengkalan Pasir Pekan.

Mayat pemuda terjun Jambatan Pulau Pinang sudah ditemui
Mayat lelaki itu ditemui terapung berhampiran perairan Pulau Rimau pada pukul 9.40 pagi oleh nelayan tempatan.

Dua lelaki ditahan bantu kes penemuan mayat terikat, muka diserkup
Kedua-dua suspek berkenaan ditahan di sekitar Tumpat kelmarin.

Mayat kru kapal layar lemas di Langkawi ditemukan
Mayat ditemukan terapung di antara Pulau Bumbun dan Pulau Tuba pada jarak lebih kurang 1.5 batu nautika dari lokasi mangsa dipercayai jatuh.

Mayat lelaki tanpa pengenalan diri ditemukan terapung di Sungai Kurau
Mayat lelaki dipercayai warga tempatan ditemukan dalam keadaan terapung dan berpakaian lengkap di Sungai Kurau, Jalan Jetty petang tadi.

Lelaki terjun jambatan ditemui lemas
Mayat mangsa ditemui berhampiran sangkar ikan milik penduduk kampung.

Mayat warga Thailand ditemui tersangkut celah batu
Identiti mangsa disahkan oleh adiknya yang tinggal bersama keluarga mereka di sebuah rumah yang terletak kira-kira 200 meter dari lokasi mangsa ditemui.