awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki tanpa identiti ditemui tepi pantai

Sinar Harian
Sinar Harian
27/11/2024
21:00 MYT
Mayat lelaki tanpa identiti ditemui tepi pantai
Mayat lelaki ditemui di tepi pantai Kampung Parit 4, Sungai Burong, Tanjong Karang pada Rabu. - Foto Sinar Harian
KUALA SELANGOR: Mayat seorang lelaki berseluar dalam ditemukan di tepi pantai Kampung Parit 4, Sungai Burong, Tanjong Karang, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azaharudin Tajudin berkata, polis menerima panggilan kecemasan daripada seorang individu mengenai penemuan itu pada jam 2.16 petang.
Menurut beliau, hasil pemeriksaan mendapati mayat yang tidak dikenal pasti identiti itu dalam keadaan terlangkup di lokasi berkenaan.
"Lelaki berkulit cerah itu didapati hanya berseluar dalam dan berbaju kelabu," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Azaharudin memberitahu, pemeriksaan pada tubuh mangsa juga tidak menemui butiran pengenalan diri dan tiada sebarang unsur jenayah.
Sehubungan itu, katanya, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di talian 03-32891222 atau balai polis berdekatan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#mayat
#mayat tepi pantai
#Kuala Selangor
#mati mengejut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan